Gengster upahan ugut penduduk kampung halang projek korek pasir haram. Berlagak samseng dan biadap. Itu antara tindakan sekumpulan lelaki yang dipercayai gangster upahan yang cuba mencetuskan provokasi di sebuah tapak pengorekan pasir haram di Segari, Manjung, Perak, semalam.
Menerusi satu rakaman klip video yang tular di laman Twitter, kumpulan lelaki berkenaan dipercayai gangster upahan yang datang untuk mengugut aktivis dan penduduk kampung yang cuba menghalang aktiviti di kawasan berkenaan.
Klip video tersebut telah dikongsi oleh Persatuan Sahabat Alam Sekitar dan apa yang mendukacitakan mereka adalah aktiviti berkenaan dilakukan dalam kawasan sensitif alam sekitar tahap 1 serta pantai pendaratan penyu.
Berdasarkan klip video berdurasi 51 saat itu, kelihatan beberapa lelaki bertindak kasar serta menolak beberapa aktivis dan penduduk kampung yang cuba menghalang mereka.
Malah, kumpulan ‘gangster’ itu juga dilihat biadap dengan menengking dan meninggikan suara ke arah aktivis dan penduduk kampung.
Jelas persatuan itu lagi, walaupun pihaknya telah membuat laporan polis dan membawa anggota, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wartawan, namun samseng upahan masih berani.
“Mohon orang awam viralkan isu ini dan mohon YB Menteri @niknazmi dan MB Perak @saaranimohamad ambil tindakan bagi hentikan aktiviti ini,” tulisnya.
Tambah Persatuan Sahabat Alam Sekitar, kawasan Segari, Manjung merupakan satu-satunya pantai pendaratan penyu di Perak.
“Sekarang ia dimusnahkan oleh kapitalis dan kerajaan langsung tidak tegas dengan mereka ini.
“Sedangkan ada undang-undang dan dasar yang melarang sebarang pembangunan di kawasan ini, adakah kita negara tiada tamadun?,”soalnya.
Aktivis & penduduk kampung diserang sekumpulan gangster upahan syarikat yg menjalankan aktiviti pengorekan pasir haram di Segari, Manjung, Perak.
Aktiviti tanpa permit ini dilakukan di dalam Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 & pantai pendaratan penyu.
📹Ps aktivis sahabat pic.twitter.com/Xqkgck6xGo
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) February 2, 2023