Pada awal Mei baru-baru ini, sekelompok lelaki yang memakai topeng mencuri perhatian netizen dengan memberikan ayam mentah kepada orang ramai di Bukit Bintang.
Baru-baru ini, geng bertopeng tersebut kembali dengan memberikan ikan Siakap secara percuma kepada penduduk sekitar Taman Medan. Melalui video berdurasi hampir satu minit, pelbagai lapisan umur beratur untuk mendapatkan ikan Siakap yang diagihkan dari belakang trak pikap milik @xyzteamproject.
Selain mengagihkan ikan tersebut, geng bertopeng juga terlihat membeli makanan dari peniaga gerai jalanan berdekatan dan memberikannya kepada orang awam yang melintas di kawasan tersebut.
“Ikan itu mungkin tidak mahal, tetapi melihat orang yang menerimanya tersenyum membuat kita sangat terharu.
“Teruskan usaha, bro. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan,” komen seorang netizen yang terkesan.
Orang ramai mendoakan kebaikan bagi geng bertopeng tersebut dan berharap agar mereka dapat terus melakukan kerja amal membantu mereka yang memerlukan.
Sebelum ini, geng bertopeng telah menegaskan bahawa mereka beragama Islam dan memberikan bantuan secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.
@xyzteamprojectAlhamdulilah harini kami belanja Ikan Siakap free pada penduduk di Taman Medan