Geng bertopeng agih ‘telur ayam free’ pula di Bukit Bintang

Geng bertopeng agih ‘telur ayam free’ pula di Bukit Bintang

Baru-baru ini, tersebar di media sosial mengenai satu kumpulan geng bertopeng yang telah mengedarkan ayam secara percuma kepada orang ramai di tengah-tengah ibu kota, di kawasan Bukit Bintang.

Geng bertopeng ini terdiri daripada individu yang tidak mahu dikenali, dan melalui video TikTok mereka, mereka hanya dikenali sebagai xyzteamproject.

Selepas menjadi tular dengan pengedaran ayam percuma di Bukit Bintang, geng bertopeng ini masih meneruskan usaha amal mereka. Kali ini, mereka mengedarkan telur ayam percuma di sebuah kawasan tempat letak kereta.

Geng bertopeng agih 'telur ayam free' pula di Bukit Bintang

Dalam video berdurasi 38 saat itu, terdapat dua orang individu bertopeng yang berdiri di belakang kereta pacuan empat roda sambil memegang papan kadbod yang bertulis ‘Telur Ayam Free’.

Dalam video tersebut, setiap orang awam yang berada berdekatan dengan kenderaan itu diberi satu papan telur ayam secara percuma.

Video pengedaran telur ayam kepada orang ramai itu telah mendapat reaksi positif daripada warganet. Ada juga netizen yang berpendapat bahawa xyzteamproject mungkin boleh mengunjungi kawasan perkampungan untuk membantu golongan yang memerlukan di sana.
@xyzteamprojectKami rasa tenang dan gembira apabila dapat kongsi rezeki dengan semua

♬ suara asli – zona_musik42

Baca Juga:
Ahli politik wanita kantoi ‘bersetubuh’ dengan anak angkat, suami cekup ketika atas katil
‘Tak sangka lelaki itu tiada kedua-dua kaki’ – Suami isteri bantu OKU isi minyak kereta raih pujian ramai
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan diroboh
CATEGORIES