Gempar saintis temui spesis baharu ‘jerung hantu’ di dasar laut

Photo of author

By Syima Iza

Gempar saintis temui spesis baharu ‘jerung hantu’ di dasar laut.

Saintis di New Zealand semalam mengumumkan penemuan spesies baharu ‘jerung hantu’, sejenis ikan yang hidup di dasar Lautan Pasifik dan dikesan memburu di kawasan laut dalam.

Menurut saintis dari Institut Penyelidikan Air dan Atmosfera Negara (NIWA) yang berpangkalan di Wellington, jerung hantu jenis ‘spookfish’ hidung sempit Australasia ini ditemui hidup di perairan dalam sekitar Australia dan New Zealand.

Gempar saintis temui spesis baharu 'jerung hantu' di dasar laut

Spesimen itu ditemui semasa penyelidikan di Chatham Rise, sebuah kawasan di Lautan Pasifik yang terletak kira-kira 1,000 kilometer ke timur Pulau Selatan New Zealand.

Jerung hantu atau chimaera ini berkait rapat dengan spesies jerung dan pari, namun ia tergolong dalam kumpulan ikan yang keseluruhan rangkanya terdiri daripada tulang rawan.

Ikan ini juga dikenali sebagai ‘spookfish’ atau jerung hantu kerana mempunyai mata hitam yang menakutkan dan kulit licin berwarna coklat muda tanpa sisik.

Ia memakan krustasea di kedalaman sehingga 2,600 meter menggunakan mulutnya yang berbentuk seperti paruh.

“Jerung hantu seperti ini kebanyakannya hidup di dasar lautan,” kata saintis penyelidik Brit Finucci, yang juga memberikan nama saintifik kepada spesies baharu ini sebagai Harriotta avia sebagai penghormatan kepada neneknya.

“Habitat mereka yang dalam menyukarkan saintis untuk mengkaji dan memantaunya. Ini bermakna kita tidak tahu banyak tentang biologi atau status ancaman mereka, tetapi inilah yang membuatkan penemuan seperti ini lebih menarik,” tambahnya.

Sebelum ini, ikan spookfish dianggap sebagai sebahagian daripada satu spesies sahaja, namun saintis mendapati ia berbeza secara genetik dan morfologi dengan spesies yang dikaitkan dengannya.

Baca Juga:
Nama Siti Saleha ‘trending’ di Korea, ramai netizen Korea jatuh cinta dengan artis berdarah Malaysia ini
Ramai yang tak suka makan, ini sebab kenapa nasi lemak perlu ada kacang tanah
Jangan lepaskan peluang! Mydin buat jualan murah 3 hari seminggu sehingga November, ini senarai tarikhnya