Gempar! Bom seberat 125kg ditemui di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Photo of author

By Syima Iza

Gempar! Bom seberat 125kg ditemui di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Bom seberat 125 kilogram yang ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pada 3.20 petang ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata bom jenis Aerial dengan ukur lilit 82.2 sentimeter (cm) dan 98cm panjang itu ditemukan pada 9.41 pagi ketika kerja-kerja penggalian longkang oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut.

Gempar! Bom seberat 125kg ditemui di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

“Kita terima laporan berkaitan penemuan satu objek menyerupai bom di tapak pembinaan berkenaan.

“Sepasukan anggota dari Unit Pemusnahan Bom telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek itu merupakan satu unit bom,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bom tersebut berjaya dimusnahkan dan tiada sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom itu dilakukan.

Baca Juga:
Ubi keladi tak dapat, motosikal pun hilang
Lelaki dibelasah separuh mati jalin hubungan dengan isteri orang
Wanita mengamuk di pusat kesihatan kerana majikan tak bayar gaji 5 bulan