Gempar! 43 ekor monyet untuk kajian penyakit terlepas dari pusat penyelidikan

Photo of author

By Syima Iza

Gempar! 43 ekor monyet untuk kajian penyakit terlepas dari pusat penyelidikan.

Sebanyak 43 ekor monyet yang digunakan untuk kajian penyakit dilaporkan terlepas dari sebuah kemudahan penyelidikan di South Carolina, Amerika Syarikat pada Rabu lepas.

Menurut NBC News, sebanyak 25 ekor monyet daripada kumpulan haiwan yang terlepas itu telah berjaya ditangkap semula setakat Ahad.

Gempar! 43 ekor monyet untuk kajian penyakit terlepas dari pusat penyelidikan

Pihak polis kini sedang giat mencari baki 18 ekor monyet yang masih bebas.

Pengarah Pusat Penyelidikan Alpha Genesis memaklumkan bahawa kesemua monyet tersebut terlepas dari fasiliti mereka setelah seorang kakitangan gagal mengunci pintu dengan betul.

Haiwan-haiwan yang terlepas itu dipercayai telah melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran kemudahan penyelidikan tersebut, di sekitar pinggir bandar Yamassee.

Untuk menangkap semula monyet-monyet itu, perangkap sehala yang mengandungi epal telah digunakan.

@abcworldnews At least 43 monkeys are on the loose after escaping a research facility in Beaufort County, South Carolina. Authorities said there’s no health risk to humans and urges residents to lock their doors and windows. David Muir reports. #researchlab #monkeys #escape #southcarolina #abcnews #abcworldnewstonight ♬ original sound – ABC World News Tonight

Berikutan insiden ini, Alpha Genesis mengeluarkan nasihat kepada penduduk di kawasan sekitar supaya mengunci pintu dan tingkap rumah mereka serta tidak berinteraksi dengan monyet-monyet tersebut.

Penduduk juga disarankan agar segera menghubungi 911 sekiranya melihat atau terserempak dengan kumpulan monyet yang terlepas itu.

“Haiwan-haiwan ini sangat sensitif dan mudah terkejut. Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai agar menghindari kawasan hutan berdekatan,” kata jurucakap polis kepada NBC News.

Selain itu, Alpha Genesis memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa monyet-monyet yang terlepas adalah monyet betina muda dengan berat kira-kira 3.2 kilogram, dan masih terlalu muda untuk membawa sebarang penyakit.

Kes seumpama ini pernah berlaku pada tahun 2022. Menurut NBC News, kejadian ini bukan kali pertama haiwan untuk kajian terlepas dari fasiliti Alpha Genesis. Pada tahun 2022, sebanyak 11 ekor monyet turut dilaporkan melarikan diri dari kemudahan penyelidikan syarikat tersebut.

Alpha Genesis dilaporkan membiak spesies monyet berkenaan dan menyediakan “produk primat bukan manusia serta perkhidmatan bio-kajian.” Ujian klinikal yang dijalankan oleh syarikat itu termasuk kajian mengenai gangguan otak progresif.

Baca Juga:
Wanita dedah banyak barang runcit berasal dari Malaysia di Chicago
Ibu tunggal 3 anak tak mahu kahwin lain, netizen pula cadang letak kasut lelaki dekat luar
Lelaki kongsi cara menggunakan ChatGPT untuk mencari pekerjaan baharu