Gempa bumi: Mayat bekas pemain Chelsea sudah ditemui

Gempa bumi: Mayat bekas pemain Chelsea sudah ditemui

Gempa bumi: Mayat bekas pemain Chelsea sudah ditemui. Mayat bekas pemain antarabangsa Ghana, Christian Atsu ditemui selepas gempa bumi yang melanda Turki, lapor media tempatan yang disahkan oleh pengurusnya.

Atsu terperangkap dalam gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda Turki dan Syria pada 6 Februari yang mengorbankan lebih 43,000 nyawa di dua negara itu.

Sebelum ini wujud laporan mengatakan Atsu berjaya diselamatkan selepas gempa bumi itu, namun kemudian disahkan sebagai palsu.

Gempa bumi: Mayat bekas pemain Chelsea sudah ditemui

Pengurus mendiang di negara ini, Murat Uzunmehmet memaklumkan agensi berita DHA bahawa mayatnya ditemui di bawah puing berdekatan selatan Turki di wilayah Hatay.

“Kami menemukan jasadnya yang tidak bernyawa. Telefonnya turut dijumpai,” kata Uzunmehmet.

Pemain tengah itu beraksi bersama Chelsea selama empat musim sebelum menyertai Newcastle secara tetap pada 2017. Dia kemudiannya menyertai pasukan Liga Super Turki, Hatayspor.

Baca Lagi:
Hotel berhantu di Melaka, dengar suara anak panggil dari luar bilik jam 2 pagi
Cermin kereta pecah? Ini 8 cara untuk gantikan cermin baru dengan percuma
Pengusaha kantin serang peniaga wanita kerana nasi lemak RM1
CATEGORIES