Gelora udara: Penumpang Air Europa kongsi pengalaman menakutkan, ada yang tersangkut dalam ruang bagasi!

Gelora udara: Penumpang Air Europa kongsi pengalaman menakutkan, ada yang tersangkut dalam ruang bagasi!

Enam penumpang antara berpuluh yang cedera dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Madrid masih menerima rawatan di Brazil, di mana pesawat itu terpaksa membuat pendaratan kecemasan, kata Air Europa pada Selasa.

Sejumlah 303 penumpang lain telah tiba ke Montevideo dengan selamat, sehari selepas mengalami kejadian yang menakutkan, tambah syarikat penerbangan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Pesawat Boeing 787-9 Dreamliner, dalam perjalanan ke Uruguay yang membawa 325 penumpang, terpaksa membuat pendaratan cemas di lapangan terbang di Natal pada awal pagi Isnin, selepas mengalami kejadian “gelora udara”, menurut syarikat penerbangan itu.

Gelora udara: Penumpang Air Europa kongsi pengalaman menakutkan, ada yang tersangkut dalam ruang bagasi!

Sejumlah 40 penumpang telah dikejarkan ke beberapa hospital dan klinik di Natal akibat kecederaan yang dialami, kata urusetia kesihatan Rio Grande do Norte.

Menurut Air Europa, antara kecederaan yang dialami penumpang termasuk kesan lebam.

“Ketika ini hanya enam penumpang masih menerima rawatan di hospital di Natal dan ditemani teman seperjalanan. Sejumlah 303 penumpang yang lain telah tiba di Montevideo awal pagi Selasa selepas menaiki bas dari Natal ke Recife, kemudian diterbangkan ke ibu negara Uruguay menaiki pesawat lain dari Madrid.

Air Europa kesal dengan kejadian yang berlaku serta segala kesulitan yang dialami penumpang,” kata syarikat itu lagi.

Pihak berkuasa Brazil berkata, antara mangsa yang cedera termasuk warganegara Sepanyol, Argentina, Uruguay, Israel, Bolivia dan Jerman.

Menurut seorang penumpang, Evangelina Saravia kepada agensi berita Teledoce, kejadian gelora udara berlaku selama 20 minit sebelum pesawat itu tiba menjunam 400 meter dengan kelajuan 1,000 kilometer sejam.

“Penumpang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika itu tercampak ke bahagian bumbung pesawat. Penumpang di sebelah saya tersangkut ke dalam ruang bagasi atas kepala,” katanya.

Seorang lagi penumpang, Stevan, memberitahu Reuters, beberapa penumpang mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan kaki.

“Seramai 30 penumpang mengalami kecederaan. Kejadian itu sangat dahsyat dan kami semua fikir akan mati ketika itu,” katanya.

Insiden ini antara beberapa kejadian buruk yang melanda pesawat keluaran Boeing baru-baru ini.

Pada bulan Mei lepas, seorang lelaki warga Britain berusia 73 tahun meninggal dunia manakala beberapa penumpang yang lain serta anak kapal mengalami kecederaan selepas pesawat Boeing 777 milik Singapore Airlines mengalami kejadian gelora udara dalam perjalanan dari London.

Pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan cemas di Bangkok.

Seminggu kemudian, 12 penumpang pesawat Boeing 787-9 milik Qatar Airways cedera dalam satu lagi kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Doha ke Ireland.

Baca Juga:
Wanita terjah suami berduaan dalam kereta dengan wanita Indon, terkedu dengar suami cakap “dah la, aku tak nak kau dah”
Orang ramai gempar buaya gergasi berkeliaran di tengah jalan
Wanita menangis teresak-esak duit simpanan dalam tabung besi musnah dimakan anai-anai
CATEGORIES