Gelar rakyat Indonesia pengganas, penyampai TV Israel mohon maaf selepas teruk kena maki, rumah dipecah masuk

Photo of author

By Syima Iza

Gelar rakyat Indonesia pengganas, penyampai TV Israel mohon maaf selepas teruk kena maki, rumah dipecah masuk.

Penyampai televisyen Israel, Shai Golden menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Indonesia selepas dia menjadi sasaran serangan netizen dari negara itu.

Golden membuat permohonan maaf itu menerusi akaun TikTok Ashai_golden selepas menggelar rakyat Indonesia sebagai pengganas.

Gelar rakyat Indonesia pengganas, penyampai TV Israel mohon maaf selepas teruk kena maki, rumah dipecah masuk

Sebelum ini, Golden mendakwa rumah keluarganya dipecah masuk beberapa individu tidak dikenali dan memberitahu bahawa penyiasat Israel mengesyaki ia dilakukan oleh pengganas warga Indonesia.

Susulan tuduhan membabi buta itu, akuan Instagram Shai Golden dihujani makian daripada netizen Indonesia.

“Saya mohon kepada seluruh warga Indonesia untuk berhenti menghentam, saya dengan kata-kata kesat di akaun rasmi saya.
“Isteri dan keluarga saya agak terganggu. Saya mohon maaf atas semua yang telah saya lakukan,” katanya.
Baca Lagi:
‘Pak guard’ sekolah menangis terharu terima hadiah daripada murid sampai penuh kereta
Penyanyi Cinta Sejati kini milik Tiko, dinikahkan bapa BCL di resort percutian mewah
Wanita terkejut baki wang dalam akaun Maybank melebihi RM400 juta