Gelar Menteri Pelancongan ‘tokong berkepala botak dan berperut buncit’ MP DAP buat laporan polis terhadap Sanusi

Gelar Menteri Pelancongan ‘tokong berkepala botak dan berperut buncit’ MP DAP buat laporan polis terhadap Sanusi

Gelar Menteri Pelancongan ‘tokong berkepala botak dan berperut buncit’ MP DAP buat laporan polis terhadap Sanusi

Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi Md Noor dan menggesa pihak berkuasa menyiasat menteri besar Kedah itu di bawah Akta Hasutan 1948.

Ia berhubung kenyataan Sanusi pada sidang DUN Kedah baru-baru ini yang menggelar Menteri Pelancongan, Tiong King Sing sebagai ‘tokong berkepala botak dan berperut buncit”.

Gelar Menteri Pelancongan 'tokong berkepala botak dan berperut buncit' MP DAP buat laporan polis terhadap Sanusi

“Kenyataan sanusi ini telah menghina dan memperlekehkan agama Buddha dan boleh menimbulkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuhan di antara satu kaum dan agama dengan satu kaum dan agama dalam Malaysia.

“Saya menyeru pihak PDRM supaya menyiasat kenyataan yang dibuat oleh Sanusi di bawah Akta Hasutan 1948 dan mengambil tindakan sewajarnya,” ujarnya dalam kenyataan.

Sanusi dalam sidang DUN Kedah, minggu lalu menyelar Tiong dalam loghat Kedah dengan menyamakannya sebagai “tokong berkepala botak dan perut buncit yang duduk di bawah pokok pisang’.

“Eh, muka dia kalau saya ajuk, jadi macam tokong hat kepala botak tu. Hat perut buncit tu,” katanya.

Dia berkata demikian ketika mengkritik Tiong yang menurutnya tidak memberikan sebarang pandangan ketika mesyuarat mereka dengan wakil kerajaan Thailand di Sadao, Selatan Thailand, pada 27 November.

Susulan itu Tiong membidas Sanusi dengan mengatakan otaknya ‘masuk air’.

“Dia punya otak masuk air ke apa? Tuhan pun kasi sama tuduh.

“Dia kata saya duduk di bawah pokok pisang, macam itu tokong Buddha yang berperut besar.

“Kalau you (kamu) cerita sebegitu, you sudah menghina satu tokong lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Chong berkata walaupun Sanusi membuat kenyataan tersebut dalam sidang DUN, namun dia tidak dilindungi imuniti dewan sekiranya melanggar Akta Hasutan 1948.

Ia katanya sepertimana yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang pernah disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung kenyatannya dalam sidang DUN Pulau Pinang.

“Bekas ahli Parlimen Nurul Izzah juga pernah disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya yang dibuat di dalam parlimen,” katanya.

Sumber 

Baca lagi:
‘Ustaz’ buat kenyataan fitnah, ugutan terhadap PM dicekup polis
Individu tawar RM5 juta untuk bunuh PMX dicekup polis di Kota Bharu
Lelaki tayang kemaluan sambil duduk atas motosikal di Simpang Renggam diburu polis
CATEGORIES