Gelang tangan menyerupai pita pelekat harga hampir RM19,000

Gelang tangan menyerupai pita pelekat harga hampir RM19,000

Jenama mewah dari Sepanyol, Balenciaga, telah mengeluarkan aksesori unik berupa gelang tangan yang menyerupai pita pelekat, menurut laporan stesen penyiaran NDTV semalam.

Walaupun kelihatan seperti objek biasa, gelang tersebut mempunyai logo jenama rumah fesyen tersebut.

Gelang itu diperkenalkan semasa Minggu Fesyen Paris bagi koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2024, awal bulan ini..

Gelang tangan menyerupai pita pelekat harga hampir RM19,000

Namun, produk yang unik ini menerima kecaman daripada netizen setelah menjadi viral di media sosial.

Seorang pengguna platform X berkata: “Rumah fesyen mewah Balenciaga sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan aksesori terbaru mereka, gelang menyerupai pita pelekat, lengkap dengan logo jenama dan tanda harga besar AS$4,000 (RM18,936)! Ini gila.”

Item tersebut tidak disenaraikan untuk dijual pada masa ini. Walau bagaimanapun, Balenciaga masih belum mengumumkan harga gelang tersebut, tetapi beberapa pakar fesyen mengatakan bahawa harganya boleh mencecah AS$4,400 (RM20,829.60).

Balenciaga sebelum ini juga pernah menjual beg kulit yang menyerupai plastik sampah pada harga AS$1,790 (RM8,473.86), serta beg tangan yang diilhamkan daripada selebriti program realiti televisyen, Kim Kardashian.

Beg tangan yang dililit dengan pita kuning dan hitam itu dijual pada harga AS$3,100 (RM14,675.40).

Baca Juga:
Padah pengaruh TV, adik baling gunting hingga tercacak atas kepala kakak
Nasi goreng ‘laku keras’ selepas Ronnie Hussein belanja satu lagu
Akhirnya Adira Suhaimi bersuara selepas kecoh isu tanggung Datuk Red selama 5 tahun muflis
CATEGORIES