Gelagat pakcik saman 3 anggota polis trafik berhenti di lampu merah raih perhatian ramai

Photo of author

By Syima Iza

Gelagat pakcik saman 3 anggota polis trafik berhenti di lampu merah raih perhatian ramai.

Aksi seorang warga emas yang berpura-pura menulis ‘saman’ kepada tiga anggota polis bermotosikal telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram @pdrmsia_official, kelihatan lelaki warga emas itu berdiri di hadapan tiga anggota polis yang berhenti di lampu isyarat, sambil menulis sesuatu di buku nota kecilnya.

Gelagat pakcik saman 3 anggota polis trafik berhenti di lampu merah raih perhatian ramai

“Encik bertiga salah ni. Sekejap, pak cik keluarkan saman kerana berhenti di lampu merah,” katanya berseloroh.

Tindakan spontan lelaki itu mengundang gelak tawa netizen, yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya. Ada yang berseloroh seolah-olah lelaki itu benar-benar sedang menulis saman untuk anggota polis tersebut.

“Pak cik saman tiga-tiga sekali. Kaw kaw dia bagi saman,” tulis seorang pengguna, Jamilah_Ahmad64.

“Pak cik tulis saman ke ambil pesanan tu?” usik pengguna lain, TheMunga.

Selain itu, ada juga netizen yang mengenali warga emas tersebut kerana dia sering kelihatan di kawasan berkenaan.

“Kenal pak cik ini. Dia duduk situ, ada satu bulatan dekat Pudu tu. Kalau sesak, dia tolong. Kalau dia nampak orang, dia bagi roti dengan air, atau duit. Lepas itu dia akan cakap ‘semoga selamat sampai rumah,’” kata Baby Hassan.

“Dia memang jaga kawasan itu, rajin pusing-pusing. Kalau jalan sesak pun dia kawal, lagi-lagi kawasan Pudu dan Hang Tuah,” tambah Jaja1988.

Gelagat warga emas ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut mendapat pujian kerana sifatnya yang rajin membantu orang ramai di sekitar kawasan Pudu.

Baca Juga:
Minah Saleh terkejut dengar jawapan ChatGPT tentang siapa 3 individu paling berpengaruh di dunia
Lelaki dipecat kerana tertidur sejam ditempat kerja dapat pampasan RM215,000
Lelaki buat konten solat dalam air banjir undang pelbagai reaksi netizen