Gelagat cikgu memandu kecut perut pelajar bawa motor hampir cium kereta BMW cuit hati ramai

Gelagat cikgu memandu kecut perut pelajar bawa motor hampir cium kereta BMW cuit hati ramai

Gelagat cikgu memandu kecut perut pelajar bawa motor hampir cium kereta BMW cuit hati ramai. Setiap orang yang menunggang dan membawa kenderaan di atas jalan raya perlu mempunyai lesen memandu secara sah terlebih dahulu.

Jika tidak, mereka boleh disabitkan atas kesalahan lalu lintas. Bermula umur 16 tahun, setiap orang dibenarkan untuk mengambil lesen memandu. Sebagai contoh lesen motosikal (jenis B2) di pusat atau akademi latihan memandu yang dipilih.

Seperti yang diketahui, ujian memandu memperuntukkan pelajar memasuki kelas (sesi penerangan) terlebih dahulu sebelum menjalani ujian komputer.

Gelagat cikgu memandu kecut perut pelajar bawa motor hampir cium kereta BMW cuit hati ramai

 

Selepas itu, barulah mereka akan diajar oleh kakitangan akademi memandu di litar yang sebenar.

Bagaimanapun, tidak semua daripada pelajar mahir dalam mengawal motosikal atau kenderaan. Disebabkan itu ada sahaja gelagat yang mencuit hati yang dilakukan oleh pelajar sewaktu berada di litar akademi memandu.

Pasti ada di antara kita juga pernah melalui pengalaman pahit manis belajar di akademi dahulu.

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman gelagat seorang guru (kakitangan akademi) tekun memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang menunggang motosikal.

Dalam video yang dimuatnaik oleh @are_mean di TikTok miliknya menunjukkan telatah anak muridnya membawa motosikal.

Cikgu ajar bawa motor

@muhaiminmohamad9293😎😎😎

♬ bunyi asal – are_mean

Menariknya, dia yang bercakap di sebalik video dengan sabar memberi tunjuk ajar kepada seorang pelajar perempuan. Apatah lagi pelajarnya masih diihat cuba mengimbangkan motosikal sewaktu membawanya.

Cikgu Kecut Perut Pelajar Hampir Cium Kereta BMW

Dalam klip berdurasi 31 saat itu juga memperlihatkan situasi di mana guru memandu cemas apabila pelajarnya seolah-olah ingin melanggar sebuah kenderaan jenis BMW yang diletakkan di tepi.

“Ha, angkat kaki kanan… pulas minyak..angkat kaki kiri. Eh longkang.

“Pusing kanan, kanan..kanan..kanan. Aii lepas minyak. Ya Allah kereta BMW.. kereta BMW. Nasib baik. Ehh kereta wira aku. Jangan. Jangan. Jangan,” ujarnya sambil ketawa cemas.

Bagaimanapun, berkat tunjuk ajar dan kegigihan guru itu, pelajar perempuan itu semakin mahir mengawal motosikal dengan baik.

Melihat dalam ruangan komen, rata-rata netizen tak kering gusi melihat telah pelajar itu sewaktu belajar membawa motosikal.

Gelagat cikgu memandu kecut perut pelajar bawa motor hampir cium kereta BMW cuit hati ramai

Baca Lagi:
Baru 1 minggu kahwin, tak tahan diperli mertua sebab hantaran kurang mewah, sekali aku tawarkan RM5000 untuk suami ceraikan aku
Suami cuba sorok perangai pelik dia dan cuba sayangkan isteri seperti lelaki lain, semua kerja rumah buat tapi akhirnya terbongkar selepas isteri jumpa gambar lama..
Majlis persandingan bertukar kecoh apabila pengantin lelaki dipeluk wanita berjubah dan purdah
CATEGORIES