Gelagat beruang matahari tersangkut di pagar raih simpati ramai

Gelagat beruang matahari tersangkut di pagar raih simpati ramai

Perilaku seekor beruang matahari yang mencuba memanjat pagar di kawasan perumahan berdekatan Tok Jembal di sini telah dirakam oleh seorang penduduk dan menjadi viral di media sosial pada Rabu.

Video berdurasi 21 saat tersebut awalnya dikongsi oleh pemilik akaun Ryu Watanabe melalui laman Facebooknya pada Selasa.

Video itu kemudiannya menjadi viral setelah dikongsi oleh akaun media sosial lain pada Rabu, meraih lebih dari 47,000 tontonan dan dikongsi sebanyak 39 kali melalui platform tersebut.

Gelagat beruang matahari tersangkut di pagar raih simpati ramai

Video itu menunjukkan aksi seekor beruang yang melintas kawasan rumah sebelum terperangkap pada pagar rumah di kawasan sekitar Tok Jembal.

Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen, dengan beberapa merasa simpati terhadap nasib beruang tersebut kerana terpisah dari habitat semula jadinya.

Seorang pemilik Facebook yang dikenali sebagai Mastura Love menyatakan bahawa cuaca panas saat ini menyebabkan haiwan liar keluar dari habitatnya.

“Cuaca panas sekarang membuatkan semua haiwan keluar dari hutan mencari tempat yang selesa,” katanya.

Selain itu, seorang pemilik Facebook bernama Pak Sudir juga menyuarakan simpatinya terhadap beruang tersebut yang mungkin memerlukan tempat tinggal baru.

“Kesian pada beruang… musim kemarau seperti ini banyak semak samun yang terbakar di sekitar Kuala Nerus. Ditambah lagi dengan cuaca panas dan kering, mungkin beruang sedang mencari rumah baru,” katanya.

Hingga kini, nasib beruang tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada ia telah kembali ke hutan atau masih tersesat di kawasan perumahan penduduk.

Baca Juga:
Bazar Ramadan paling mahal dalam negara, sebiji burger RM30, roti john sampai RM40
Nasi goreng ‘laku keras’ selepas Ronnie Hussein belanja satu lagu
Pakcik Cina peluk Islam ketika usia 89 tahun raih perhatian
CATEGORIES