Gara-gara tombol pintu tercabut, wanita terperangkap 4 hari dalam tandas

Gara-gara tombol pintu tercabut, wanita terperangkap 4 hari dalam tandas

Gara-gara tombol pintu tercabut, wanita terperangkap 4 hari dalam tandas. Tombol Pintu Tercabut, Wanita Terperangkap 4 Hari Dalam Tandas Berjaya Diselamatkan Polis

Polis Singapura berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di dalam tandas rumahnya di Clementi, Singapura selama empat hari lapor Mothership.

Pada 27 November lepas, dua anggota polis, Ibnu Musalli dan Miqdad Fisall telah menerima panggilan daripada seorang individu yang melaporkan saudaranya hilang dan tidak dapat dihubungi sejak empat hari lalu dan memerlukan bantuan daripada pihak polis.

Gara-gara tombol pintu tercabut, wanita terperangkap 4 hari dalam tandas

Gambar hiasan

Ibnu berkata bahawa saudara kepada wanita itu juga telah pergi ke rumahnya tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripadanya.

Susulan daripada itu, anggota polis tersebut bergegas ke kediaman wanita itu dan bertanyakan beberapa soalan kepada penduduk di kawasan tersebut, mereka juga mengatakan sudah tiga atau empat hari tidak melihat wanita berkenaan.

Malah, mereka turut perasan ada beberapa bungkusan parcel yang ditinggalkan di luar pintu rumahnya.

Bagaimanapun, kedua-dua anggota polis tersebut merasakan bahawa wanita itu masih berada di rumahnya, lapor Mothership.

“Ketika kami sedang bercakap dengan jiran-jiran, kami mendengar bunyi yang samar-samar datang dari seberang dinding,” kata Miqdad.

Dengan bantuan daripada seorang pengawal keselamatan, anggota polis itu berjaya mendapatkan akses ke apartmen wanita tersebut dengan pantas.

Ketika berada di dalam rumah milik wanita tersebut, mereka telah terdengar bunyi ketukan yang semakin kuat dari dalam tandas.

Memetik Mothership, wanita berkenaan terperangkap di dalam tandas kerana pemegang pintu tandas tercabut dan akhirnya polis berjaya membuka pintu tandas tersebut.

Wanita tersebut memberitahu polis bahawa dia telah terperangkap di dalam tandas sejak empat hari lalu.

Oleh kerana dia tidak mempunyai telefon untuk meminta pertolongan, dia bermati-matian mengetuk dinding dengan harapan seseorang akan datang menyelamatkannya.

Miqdad berkata bahawa wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dirawat oleh paramedik.

“Saya masih ingat lagi tangisannya selepas berjaya keluar, dia mengucapkan terima kasih kepada kami kerana menyelamatkannya,” katanya.
Baca Lagi:
Lawatan penjawat awam ke luar negara tidak boleh lagi ditaja syarikat swasta
Kehilangan wartawan Pakistan makin misteri, ada pihak tidak menceritakan keadaan sebenar – Peguam
Bersara dan ‘duduk di masjid’ tiada dalam perancangan masa depan Tun Dr Mahathir
CATEGORIES