Kanak-kanak tersebut juga menganggap hari itu adalah hari Khamis ketika ditanya oleh ibunya, padahal sebenarnya hari itu adalah hari Sabtu.
Bagi kebanyakan orang, tidur adalah cara untuk berehat selepas seharian bekerja. Ada yang memilih untuk mengambil tidur siang, manakala yang lain tidur bila-bila masa terasa penat.
Namun, ada nasihat lama yang melarang tidur selepas waktu Asar kerana ia dikatakan boleh mengganggu kesihatan mental.
Melalui perkongsian seorang pengguna TikTok @_najihahzahid, dikongsikan saat anak perempuannya, Aya Sofea, bersiap untuk sekolah selepas tidur lepas waktu Asar.
Anak itu sudah siap dengan lengkap pada jam 6.50 petang, namun menganggap hari itu adalah hari Khamis walaupun sebenarnya hari Sabtu.
Ibunya memuji kebolehan anaknya yang pandai bersiap sendiri. Namun, Aya Sofea kelihatan keliru dan termenung seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
@_najihahzahidpunca tidoq lepas asaq
Menurut Najiha, kejadian lucu itu berlaku pada petang Sabtu (11 Mei) ketika anaknya dan adiknya tidur petang.
Video tersebut mendapat perhatian daripada warganet yang terhibur dengan kelakuan comel Aya Sofea. Ada yang berkongsi pengalaman serupa dan memuji kebolehannya bersiap sendiri.
Berdasarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tidak ada hadis sahih yang melarang tidur selepas waktu Asar. Namun, jika itu dapat merugikan diri sendiri, perbuatan tersebut sebaiknya dielakkan.
Berikut adalah beberapa komen warganet:
“Aku pun pernah kena, kakak aku biarkan aku bersiap sampai naik basikal.”