Gara-gara saling menyindir di media sosial, 2 kumpulan lelaki bergaduh besar di Pandan Indah.
Gara-gara saling menyindir di media sosial menjadi punca kejadian gaduh berkumpulan di sebuah restoran Jalan Pandan Indah, malam tadi.
Kejadian dipercayai berlaku jam 10 malam semalam memperlihatkan dua ‘geng’ dipercayai berkumpul berdekatan kedai sebelum berlakunya pergaduhan.
Menerusi rakaman video berdurasi 30 saat yang tular menunjukkan pergaduhan antara dua kumpulan.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berpunca daripada sindiran di media sosial mengenai rancangan menggabungkan dua kumpulan kelab motosikal.
“Mereka dikatakan tidak puas hati lalu mengadakan pertemuan di restoran itu sebelum berlakunya pergaduhan.
“Setakat ini, polis telah menahan lapan individu berusia antara 19 hingga 33 tahun yang disyaki terbabit pergaduhan,”.
Beberapa suspek yang masih bebas juga sedang giat dikesan polis.