Gara-gara nak tambah followers di TikTok, Abby Abadi kena ‘Scam’ lagi.
Pelakon dan bekas penyanyi, Abby Abadi sekali lagi ditipu oleh penipu atas talian.
Sebelum ini, Abby Abadi pernah beberapa kali menjadi mangsa scam. Kali terakhir, dia kerugian sebanyak RM14,500 akibat penipuan di Telegram. Kali ini, dia pula menjadi mangsa penipuan di platform TikTok.
Abby Abadi terpedaya dengan modus operandi scammer yang dipercayai berpangkalan di luar negara, namun menggunakan akaun e-dompet di Malaysia.
Dia berkongsi kejadian itu dengan berkata: “Scammer dari luar negara, tapi guna e-wallet Malaysia. Cara dia balas mesej macam orang Malaysia.
“Lepas buat pembayaran, tiba-tiba akaun (yang dibeli) log out selepas saya daftar masuk.”
Abby Abadi tidak mendedahkan jumlah kerugian yang ditanggung kali ini, namun dia kesal dengan kesilapan dirinya yang terlalu mudah mempercayai orang lain dan mudah terpengaruh.
Dia berharap agar para peminatnya tidak tertipu seperti dirinya.
Abby menulis: “Kena SCAMMMMMM laggi. Gigih saya pagi-pagi buta buat live. Tiba-tiba nampak iklan orang nak jual akaun TikTok, terus nak beli tanpa rasa was-was. Eee, tak sabar! Inilah bahananya.”
View this post on Instagram
“Itulah, senang sangat terpengaruh! Nak cepat sangat followers ramai dekat TikTok, konon nak beli akaun yang dah ramai pengikut, rupanya, tidak semudah itu ya. Kena scam rupanya!! 🤧
“Kita pun bukan senang nak percaya. Bersoal jawab juga. Minta tukar dulu email, password semua. Dah tukar barulah kita buat pembayaran.. Lepas buat pembayaran!! Tiba-tiba log out balik akaun tu! Nampak macam dia haram J dah kat situ.
“Suami yang tolong bayarkan dari e-wallet, sekarang dah buat laporan. Tunggu apa e-wallet boleh buat. Dengarnya penipu ni dari luar Malaysia, tapi dia bagi e-wallet Malaysia. Hurmm, kalau dah otak penipu kan? Kitalah bodoh arrghhhhh!
“Korang jangan tertipu tau!! Tengok details dia tu. Jangan transfer duit kat nama tu ok, bye.”