Gara-gara guna GPS, kereta dipandu wanita tersadai di jambatan gantung.
Seorang wanita memandu keretanya melalui sebuah jambatan gantung yang dikhaskan hanya untuk motosikal dan pejalan kaki kerana menurut arahan daripada Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), lapor portal berita The Pattaya News semalam.
Kejadian berlaku pada pukul 5.40 petang (waktu tempatan) kelmarin apabila seorang penduduk dikenali sebagai Makun Inchan, 38, cuba menyeberangi jambatan gantung tersebut yang merentasi Sungai Yom di Wiang Thong, Thailand.
Dia terkejut kerana mendapati terdapat sebuah kereta tersadai di atas jambatan sepanjang 120 meter itu.
Makun yang mendengar rayuan daripada pemandu wanita tersebut selepas bertindak menghubungi pasukan kecemasan.
Kereta itu tersangkut sejauh 15 meter dan satu tayarnya tersepit di celah kayu jambatan.
Pasukan penyelamat dua traktor untuk menarik kereta mangsa tersebut dari jambatan tersebut.
Menurut wanita itu, dia menggunakan GPS dan mengikut maklumat laluan yang diberikan untuk pergi menemui rakannya di Sung Men.