Gara-gara berkongsi momen lunas bayar zakat, Che Ta, Shahirah dikecam riak.
Gara-gara berkongsi momen melunaskan tanggungjawab membayar zakat, dua personaliti popular iaitu Sharifah Shahirah dan Rozita Che Wan atau Che Ta berdepan kecaman ramai.
Awalnya mereka berdua dilihat berbual dan berseloroh mengenai amaun zakat yang akan dibayar.
Kedua-duanya yang dipercayai pergi bersama-sama ke kaunter di lokasi sama bergurau dengan bertanyakan nilai bayaran masing-masing.
Mungkin disebabkan tidak memahami itu sekadar gurauan, ada individu yang memuat naik semula video terbabit dalam laman sosialnya selain menyifatkan mereka mahu menunjuk-nunjuk kekayaan masing-masing.
Begitupun, ramai peminat mempertahankan artis kesayangan mereka dengan mengatakan sekurang-kurangnya penyampai radio bersama aktres terbabit menggalakkan orang lain menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Letopp artis sekarang bayar zakat kena tunjuk la kang netizen cakap tak baayr pulekkk 👀
Shiera: U bayar zakat paling tinggi ke tak?
Che Ta: Mungkin tak berapa tinggi sebab tu tak keluar tv
🤣🤣🤣🤣 pic.twitter.com/3HlE91bBlW
— aLeL 🍊 (@AzlilAdzif) December 23, 2023