Gambar unik peluncur Brazil ‘menentang graviti’ tular

Photo of author

By Syima Iza

Gambar unik peluncur Brazil ‘menentang graviti’ tular.

Gambar peluncur Brazil, Gabriel Medina memikat hati netizen selepas dia yang berusia 30 tahun dirakam ‘menentang graviti’ semasa Sukan Olimpik Paris 2024 di Tahiti, lapor akhbar New York Post semalam.

Semasa bersaing dengan Kanoa Igarashi dari Jepun, Medina mencatatkan skor hampir sempurna iaitu 9.90. Ia merupakan markah tertinggi dalam sejarah sukan itu, lapor saluran berita CNN.

Gambar unik peluncur Brazil 'menentang graviti' tular

Ketika Medina meraikan kemenangannya, jurugambar agensi berita AFP, Jerome Brouillet, merakam peluncur itu ‘terbang’ di udara dengan papan luncur berada di sisinya.

“Salah satu gambar Olimpik terhebat!” tulis seorang netizen di platform X.

“Itu adalah epik,” kata pengguna lain.

Bagi Brouillet, dia dapat merakam gambar tersebut kerana gaya juara dunia tiga kali itu berada dalam keadaan sempurna.

“Ombaknya lebih tinggi daripada yang kami jangkakan,” katanya dalam temu bual dengan akhbar The Guardian.

“Tidak sukar untuk merakam gambar itu,” tambahnya.

Baca Juga:
Wisma Putra sahkan Tan Sri Johari Abdul berada dalam keadaan selamat di Iran
Tak bayar gaji 4 bulan, pemain KL Rovers jual nasi lemak tepi jalan
Juara Judo Jepun menangis histeria selepas tewas mengejut kepada Uzbekistan