Gambar Syamsul dan Ira Kazar di Instagram diserang netizen, tak sampai seminit post terus padam

Photo of author

By Syima Iza

Gambar Syamsul dan Ira Kazar di Instagram diserang netizen, tak sampai seminit post terus padam.

Kelibat pengarah Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kaza di media sosial masih dinantikan peminat dan netizen.

Perkara itu mula disuarakan selepas Syamsul dan pelakon Puteri Sarah Liyana sah bercerai pada 13 Jun lalu.

Gambar Syamsul dan Ira Kazar di Instagram diserang netizen, tak sampai seminit post terus padam

Bagaimanapun, sumber Harian Metro (HM) berkata, antara sebab ketiadaan gambar Syamsul dan Ira kerana ‘diserang’ netizen.

“Selepas berita Puteri Sarah tarik saman terhadap Ira dan keluarganya disiarkan, keesokannya dia ada muat naik gambar bersama Syamsul. Tapi, dalam seminit saja, selepas tu dipadam.

“Dengar kata hantaran tu mendapat kecaman netizen. Itu sebab dia padam. Tapi, ada peminat sempat buat tangkap layar,” katanya.

Meninjau ke Instagram Syamsul juga masih tidak ada gambar mereka bersama. Sebaliknya Syamsul selesa memaparkan aktiviti seni dan momen bersama kedua anaknya.

Terdahulu, Syamsul mendedahkan sudah berkahwin dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.

Baca Lagi:
Suami buat kejutan hadiah Ferrari RM1.2 juta kepada isteri tanda terimakasih lahirkan ramai anak
‘Ab Ultra White Gyrfalcon’ burung helang paling mahal di dunia bernilai RM1.9 juta
Sindiket ‘scammer’ alaf baharu perangkap mangsa hanya guna kad kahwin digital palsu untuk sedut duit