Gambar Maula Al-Amin dijual RM22.55 di platform e-dagang

Photo of author

By Syima Iza

Gambar Maula Al-Amin iaitu lelaki dikatakan warga Maghribi yang mendakwa berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW dijual menerusi platform e-dagang dengan harga RM22.55.

Menerusi tinjauan pada platform tersebut, gambar Maula Al-Amin itu dijual dengan ukuran saiz 25 sentimeter (cm) lebar dan 35 cm panjang menggunakan bahan seperti fiber dan kaca.

Berdasarkan akaun penjual tersebut, difahamkan individu itu dari Indonesia yang menawarkan jualan dengan minimum tempahan adalah dua keping gambar.

Gambar Maula Al-Amin dijual RM22.55 di platform e-dagang

Mengikut maklumat pada platform itu, gambar Maula Al-Amin sehingga kini belum terjual sekali gus belum ada rating daripada pelanggan.

Sebelum ini media melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Na’im Mokhtar mengingatkan semua pihak supaya menjauhkan diri daripada sikap taasub ekoran isu seorang lelaki dikatakan warga Maghribi yang mendakwa berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

Beliau dipetik berkata, semua pihak diseru untuk sentiasa berpegang kepada neraca ilmu serta fakta.

Baca Juga:
Lelaki meninggal dunia ketika pembedahan ubah bentuk ‘senyuman’
Bapa usia 70 tahun terpaksa kerja jadi ‘food rider’ 12 jam sehari tanggung dua anak lelaki menggangur
Warga Kanada dipenjara seumur hidup kerana bunuh keluarga Islam