Gadis Sepanyol pilihan hati penyampai radio Fly FM selepas 2 tahun bercinta

Gadis Sepanyol pilihan hati penyampai radio Fly FM selepas 2 tahun bercinta

Gadis Sepanyol pilihan hati penyampai radio Fly FM selepas 2 tahun bercinta.

Penyampai radio Fly FM dan pempengaruh, Arieff Yong, 29, bertunang dengan gadis dari Sepanyol, Sylvia Good selepas dua tahun bercinta.

Arieff atau nama sebenarnya Arieff Efenddy Yong berkata, dia merancang selama seminggu untuk melamar Sylvia yang disifatkannya anugerah terindah dalam hidupnya.

Gadis Sepanyol pilihan hati penyampai radio Fly FM selepas 2 tahun bercinta

“Saya sudah bertunang dengan cinta hati saya hari ini. Saya kena rahsiakannya sepanjang satu minggu kerana saya melamarnya dalam pawagam. Jadi, saya kena rancang segalanya.
“Buat Sylvia Good, sejak pertemuan pertama kita, saya tahu perjalanan bersama kamu takkan pernah tak luar biasa. Hari ini, selangkah lagi kita akan hidup bersama, cinta saya terhadap kamu terus mekar,” katanya.

Arieff yang memiliki lebih 357,000 pengikut di Instagram memang tidak berahsia mengenai hubungan cinta mereka di media sosial selama ini.

Pasangan itu mulai menjalin hubungan sejak April 2022 dan sering menghasilkan kandungan media sosial bersama-sama.

Pada Julai tahun lalu, Arieff juga pernah berkongsi hatinya sudah dimiliki gadis itu. Dia juga tidak menafikan banyak mendapat godaan di media sosial.

“Rasanya semua pengikut tahu yang saya sudah ada teman wanita. Saya tak pernah berahsia mengenai soal peribadi. Tak dinafikan, saya ada terima mesej peribadi berbentuk godaan dalam media sosial. Tetapi, saya tak layan pun,” katanya.

Ketika itu, dia juga ada memberitahu akan ke Sepanyol untuk memohon restu orang tua Sylvia.

Baca Juga:
Suami sempat lindungi saya dan bayi perempuan kami dengan sebelah tangannya
“Ada rezeki kita makan sedap-sedap ya”- Ayah beli coklat bentuk spanar buat anak raih perhatian ramai
Sikap rendah diri Siti Nurhaliza berbelanja di pasar malam dapat pujian warganet
CATEGORIES