Gadis Rusia ‘bermata X-ray’ mampu lihat organ dalaman manusia

Gadis Rusia ‘bermata X-ray’ mampu lihat organ dalaman manusia

Gadis Rusia ‘bermata X-ray’ mampu lihat organ dalaman manusia.

Natasha Demkina, nama gadis yang pernah diperkatakan suatu ketika dahulu kerana didakwa mempunyai kebolehan luar biasa. Dikatakan matanya mampu melihat ke dalam tubuh badan manusia tidak ubah bagaikan X-ray. Bukan itu saja, imbasan matanya juga didakwa berupaya mendiagnosis masalah kesihatan seseorang, tanpa sebarang bantuan peralatan moden.

Natasha lahir pada 1987, berasal dari Saransk, Mordovia di Rusia. Ibunya, Tatyana Vladimovna berkata, sejak kecil anak gadisnya itu tidak pernah menunjukkan sesuatu yang aneh. Namun, semuanya berubah ketika umurnya menginjak 10 tahun, iaitu sebulan selepas dia menjalani pembedahan membuang apendiks di bahagian kiri perutnya.

Kisah gadis Rusia 'bermata X-ray' mampu lihat organ dalaman manusia

Awalnya, Natsha mengadu kepada ibunya bahawa matanya boleh melihat cahaya berwarna-warni pada tubuh seseorang. Semakin lama, pandangan Natasha berubah seperti pandangan X-ray apabila penglihatannya mampu menembusi ke dalam badan, sekali gus dapat mengenal pasti penyakit seseorang.

Bermula saat itu, keupayaan Natasha mula menjadi perbualan hangat di Rusia. Malah, di usia 10 tahun Natasha telah menawarkan khidmat ‘membaca’ keadaan organ dalaman seseorang dengan bayaran $13. Dia dikatakan dapat mengesan jika seseorang itu mempunyai sakit jantung, ketumbuhan, kanser dan pelbagai penyakit lain.

Kisah Natasha yang mampu melibat dan menemui keganjilan dalam badan seseorang mula heboh diperkatakan sekitar tahun 2003. Seorang doktor pakar kanak-kanak daripada salah sebuah hospital tempatan di Rusia telah menjalankan uji kaji terhadapnya. Ujian tersebut adalah bagi membuktikan kesahihan dakwaannya tentang keupayaan melakukan X-ray dan diagnosis organ.

Salah satu ujian itu memerlukan Natasha melukis di atas sekeping kertas tentang apa yang dilihatnya dalam perut doktor tersebut. Gadis itu melukis seperti yang dikehendaki dan kemudian menandakan pada lukisan tersebut permukaan organ dalaman yang rosak disebabkan ulser.

Kisah gadis Rusia 'bermata X-ray' mampu lihat organ dalaman manusia

Kemudian, Natasha beralih pula kepada seorang pesakit wanita yang mendakwa dia mempunyai kanser namun Natasha tidak bersetuju dengan diagnosis itu. Baginya, bonjol kecil yang dikenali sebagai ketumbuhan itu bukannya kanser. Apa yang mengejutkan, pemeriksaan lanjut yang dilakukan doktor ke atas wanita tadi mendapati apa yang dikatakan oleh Natasha adalah betul. Sejak itu, nama Natasha kian popular sehingga dia digelar sebagai ‘gadis bermata X-ray’.

Natasha turut dijemput ke England. Melalui beberapa demostrasi yang dilakukannya, Natasha berjaya mengenal pasti keretakan pada tulang dan pin besi yang dipasang pada seorang wanita yang mengalami kemalangan. Namun, ada juga beberapa diagnosis yang dilakukan Natasha tidak tepat setelah pesakit yang diperiksanya didapati sihat setelah menjalani pemeriksaan kesihatan doktor.

Ada juga yang sengaja mahu mempertikaikan kebolehan Natasha. Pada 2004, Natasha telah dibawa oleh CSICOP (The Committee of Skeptical Inquiry) ke Amerika sebagai tetamu, tanpa mengetahui ada pihak yang sengaja mahu mengujinya.

Gadis ini diminta untuk mendiagnosis penyakit yang ada dalam tubuh badan pesakit yang sedang diuji. Tiga orang pakar iaitu Andrew Skolnick, Ray Hayman dan Richard Wiseman yang ditugaskan untuk mengesahkan kebolehan Natasha menganggap apa yang dilihat Natasha melalui matanya adalah perkara yang tidak berasas, tidak ubah bagaikan seorang tukang tilik.

Bukan itu saja, Natasha juga diminta untuk mengenal pasti penyakit yang ada pada tujuh orang responden (salah seorang diantaranya ialah orang yang sihat). Dengan kebolehan matanya, Natasha berjaya mengenal pasti empat penyakit daripada tujuh orang tersebut.

Namun, ketiga-tiga pakar yang menilai Natasha beranggapan kebolehan Natasha itu tidak mempunyai bukti yang kukuh dan menolak keupayaan gadis itu. Natasha pulang semula ke Rusia dan mengadu ujian yang dijalankan ke atasnya itu lebih kepada untuk memperlekehkannya atau menuduhnya sebagai penipu.

Pun begitu, masih ada yang menyokong Natasha. Antaranya Brian Josephson, seorang ahli fizik dan pemenang anugerah Nobel yang mengkritik keputusan CSICOP terhadap ujian yang dijalankan ke atas Natasha. Menurut Brian, Natasha berjaya membuktikan 4 daripada 7 jawapannya adalah betul dan itu ada sesuatu yang signifikan memandangkan peratusan untuk Natasha tahu tentang penyakit yang wujud dengan benar hanya sekitar 2 peratus sahaja. Kata Brian lagi, sepatutnya kebolehan Natasha itu tidak ditolak mentah-mentah.

Dikaji Profesor Jepun

Kebolahan Natasha turut menarik minat Profesor Yoshio Machi dari Jepun. Beliau dikenali sebagai pakar penyelidik kebolehan luar biasa manusia. Natasha dijemput untuk menjalani beberapa siri ujian.

Antaranya, Yoshio meminta Natasha mengenal pasti 7 masalah yang ada dalam tubuh badan responden. Dan gadis itu berjaya mengecam antaranya ada responden yang memakai kaki palsu, yang baru hamil, yang mempunyai organ bukan pada kedudukan asal, juga masalah tulang belakang. Kesemua itu berjaya dikenal pasti Natasha tanpa bantuan sebarang alat.

Yoshio juga meminta Natasha memeriksa seekor anjing dan gadis itu berjaya mengesan alat yang dipasang pada kaki anjing tersebut.

Walaupun Natasha berjaya mengesan penyakit pada pada pesakit, namun ada juga dia membuat beberapa kesilapan dan jangkaannya tidak tepat. Sejak itu juga mula timbul cerita kononnya kuasa istimewa dimiliki Natasha sudah mulai hilang.

Sejak ramai yang mempersoalkan kelebihannya itu, Natasha sudah jarang lagi muncul di media. Namun, itu bukan bermakna kebolehannya dipersiakan begitu saja.

Dikhabarkan pada 2005, Natasha melanjutkan pelajaran di Semashko’s Moscow Medical Universitiy dan ia memang cita-cita gadis itu untuk belajar dalam bidang perubatan. Malah, kerajaan Rusia juga ambil cakna dengan kebolehan gadis ini dan mahu meneruskan kajian terhadap kebolehannya kelak.

Baca Lagi:
Neelofa sedia berdamai dengan Fazura, mahu tamatkan konflik berlarutan sejak 13 tahun
Kereta pameran pusat beli-belah rempuh pelanggan, jurujual tunjuk demontrasi mengaku tak pandai memandu
Suami isteri jual sate di Australia raih pendapatan hampir RM100,000 sebulan, hanya buka gerai 3 jam habis licin!
CATEGORIES