Gadis pakai bikini jual durian ‘laku keras’

Gadis pakai bikini jual durian ‘laku keras’

Seorang gadis menggunakan strategi perniagaan yang unik apabila dia menjual durian dengan memakai bikini di sebuah pekan di Thailand, lapor portal berita VnExpress semalam.

Gadis dikenali sebagai Aum itu berumur 22 tahun. Dia menjual durian di pekan Kamphaeng Phet dengan memakai pakaian renang.

Aum turut menjemput rakan-rakan untuk membantu dia berniaga walaupun mereka memilih untuk tidak memakai pakaian provokatif sepertinya.

Gadis pakai bikini jual durian 'laku keras'

Dalam wawancara bersama portal berita ThaiRath, Aum menafikan dia menjadi daya tarikan pelanggan untuk mengunjungi kedainya.

Gadis itu berkata, antara produk berkualiti unggul di kedainya adalah durian Monthong dari ladang terkenal di wilayah Rayong, timur Thailand.

Dia menolak kritikan mengenai pakaian bikininya. Aum berkata, gaya pakaiannya yang provokatif adalah pilihan peribadi.

Selain menjual durian, Aum juga bekerja sebagai model glamor dan fotonya banyak terdapat dalam akaun Facebooknya.

Baca Juga:
‘Paratha disel’ – Penjaja tuang minyak diesel atas roti laku keras undang kecaman ramai
Penoreh getah dari Sabah menang RM1 juta Cabutan Jutawan BSN SSP
Lelaki cuba serang anggota polis Balai Dato Keramat ditahan
CATEGORIES