Gadis minta izin buat konten akhirnya kena ‘reject’ dengan bakal mertua

Gadis minta izin buat konten akhirnya kena ‘reject’ dengan bakal mertua

Gadis minta izin buat konten akhirnya kena ‘reject’ dengan bakal mertua.

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang gadis yang sebak selepas mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya.

Dipercayai, keputusan tersebut dibuat sejurus selepas dirinya selesai bertemu dengan ibu kepada pasangannya itu.

Gadis minta izin buat konten akhirnya kena 'reject' dengan bakal mertua

Menerusi aplikasi X, individu yang menggunakan nama @bckupacc99 dilihat memuat naik semula video gadis berkenaan yang dilihat meminta kebenaran daripada bakal mentuanya itu untuk merakam video mereka di dalam kereta.

Difahamkan, video tersebut bertujuan untuk konten bagi media sosialnya.

Namun, apa yang mengejutkan ialah ibu kepada teman lelakinya dilihat menegur permintaan tersebut dan menyifatkannya sebagai seorang gadis yang suka berkongsi hal kehidupan di media sosial.

Konten? Makcik tengok kamu ini tak habis-habis dengan konten. Tayang sana, tayang sini. Kenapa ya?

Katanya kamu ini ada latar belakang (pendidikan) sekolah agama. Semua benda memang kena tunjuk ke?

Teman lelaki kamu itu anak tunggal mak cik dan anak harapan mak cik. Makcik tak suka pasangan dia yang jenis bermedia sosial ini.

Terus terang, makcik tak suka kamu. Lepas tu tak tahu buat kerja apa. Alif memang dia ada gaji, berpendidikan.

Gadis berkenaan kemudiannya difahamkan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya kerana tidak tahan dengan kata-kata yang dilontarkan ibu pasangannya itu.
Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju menyokong tindakan ibu kepada teman lelakinya itu.

Netizen berpendapat, gadis berkenaan tidak sepatutnya menjadikan pertemuannya bersama bakal mentuanya itu sebagai konten kerana tidak semua perkara perlu dikongsi di media sosial.

Komen netizen

Gadis minta izin buat konten akhirnya kena 'reject' dengan bakal mertua

Gadis minta izin buat konten akhirnya kena 'reject' dengan bakal mertua

Gadis minta izin buat konten akhirnya kena 'reject' dengan bakal mertua

Baca Juga:
Warga emas cedera dibelasah cucu jiran selepas tegur bakar sampah
Kanak-kanak solat Subuh berjemaah di masjid di Perlis dapat RM3
Atuk usia 86 tahun syukur pinangannya diterima selepas setahun mengurat wanita idaman hati
CATEGORIES