Gadis cantik lulusan ‘Master’ sanggup balik kampung jadi penternak lembu dan kambing

Photo of author

By Syima Iza

Seorang gadis cantik dari Bandung, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana mengusahakan ternakan lembu dan kambing meskipun belajar hingga ke peringkat sarjana.

Portal berita Wolipop melaporkan, Azhyra Rana Pinasthika, 23, turut menjalani kursus lanjutan di sebuah universiti di Jepun selain merupakan pemegang ijazah Pengurusan dan sarjana Pengurusan Perniagaan di universiti tempatan.

Menurut Azhyra, dia pernah bekerja di pejabat, namun tidak menyukai bidang pekerjaan itu.

Gadis cantik lulusan 'Master' sanggup balik kampung jadi penternak lembu dan kambing

“Saya kemudian cuba menceburi dunia bisnes dan ternyata saya amat menyukainya walaupun ada pasang surutnya,” kata Azhyra.

Tambahnya, dia banyak menerima komen negatif daripada netizen. Mereka menuduh dia menternak lembu kerana sukar mendapatkan pekerjaan.

“Mereka hairan kerana saya mempunyai ijazah sarjana tetapi pulang ke kampung dan menternak lembu.

“Ada yang menuduh susah mendapatkan pekerjaan,” ujarnya.

Jelas Azhyra, dia kini mengusahakan ternakan kambing yang dipromosikan menerusi laman sosial dengan menyasarkan pembeli generasi muda.

“Sekarang ini ramai generasi muda yang sudah bekerja tetapi tidak tahu cara melakukan ibadah korban.

“Saya menjelaskan semua proses tersebut menerusi perkongsian di media sosial dan mereka tertarik dengannya,” ujar Azhyra.

@baperanews.comSebuah kisah menarik seorang gadis muda lulusan universitas di Jepang, Azhyra Rana Pinasthika, menjadi sorotan setelah keputusannya untuk pulang ke kampung halaman dan menjalankan bisnis ternak sapi dan kambing viral di media sosial. #viral

♬ suara asli – BAPERA NEWS

Tambahnya, tidak kira walau apa juga latar belakang pendidikan seseorang, makan gaji atau berniaga adalah pilihan masing-masing.

“Walau apa juga yang kita jual, jangan sesekali berasa malu kerana yang paling penting adalah kita amalkan semua ilmu yang kita dapat,” jelasnya.

Baca Juga:
Opah guna ‘dron’ pantau kebun durian buat orang ramai kagum
Baru berusia 8 bulan, bayi mampu sambung bacaan surah lazim raih perhatian
Tular kedai makan sediakan puluhan botol sabun basuh tangan, pelanggan pening nak pilih yang mana satu