Gadis 14 tahun di Kelantan jadi individu paling muda bayar zakat RM10,000

Gadis 14 tahun di Kelantan jadi individu paling muda bayar zakat RM10,000

Gadis 14 tahun di Kelantan jadi individu paling muda bayar zakat RM10,000. Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas menjadi individu termuda membayar zakat perniagaan bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) pada Khamis.

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd. Mustamaman yang merupakan pengasas produk pemakanan dikenali sebagai BebyCurf membuat bayaran zakat sebanyak RM10,000.

Pembayaran itu dilakukan menerusi Ketua Pegawai Zakat Maik Ameer Azeezy Tuan Abdullah.

Gadis 14 tahun di Kelantan jadi individu paling muda bayar zakat RM10,000

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya berkata, bayaran zakat itu dibuat selepas produknya BebyCurf mencapai jualan sebanyak RM400,000 selepas empat bulan berada di pasaran bermula September tahun lalu.

“Saya mula berniaga menggunakan aplikasi Tiktok dan terkejut apabila mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.

“Melihat kepada nilai jualan, ibu (Bibi Hasnalinda Zainal Abidin) dan ayah (Mustaman Che Yusof) menasihati saya supaya mengeluarkan zakat perniagaan kepada Maik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya memberitahu, mengambil nasihat tersebut dia memutuskan untuk melaksanakan salah satu Rukan Islam iaitu mengeluarkan zakat.

Katanya, dia lega dapat menjadi salah satu pembayar zakat dan berharap sumbangan itu dapat membantu golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Bibi Hasnalinda berkata, dia terharu dengan usaha yang ditunjukan oleh anaknya itu untuk berzakat.

Katanya, dia berharap usaha tersebut dapat menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama berzakat.

“Syukur Alhamdulillah, walaupun masih muda, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya sedar tanggungjawabnya sebagai seorang Islam iaitu mengeluarkan zakat,” ujarnya.

Baca Lagi:
Kerajaan Perpaduan bakal terbentuk di Melaka?
Gaya ‘angkat jari satu’ dijadikan bahan jenaka, sekali Nabil Ahmad bersuara bagitahu maksud sebenar
Diganggu makhluk menyerupai wanita cantik sampai ‘basah’
CATEGORIES