
Fuhh padu!! Tam Spider goreng gitar dengan anak sambil nyanyi lagu “Still Got The Blues” raih perhatian ramai
Fuhh padu!! Tam Spider goreng gitar dengan anak sambil nyanyi lagu “Still Got The Blues” raih perhatian ramai.
Bagi anda penggemar muzik tanah air pasti mengenali sosok seorang penyanyi legenda yang dikenali sebagai Tam Spider.
Tam yang merupakan penyanyi popular bersama kumpulan yang dikenali sebagai ‘Spider’ sangat popular sekitar tahun 2000-an.
Terbaru, beliau yang sudah lama tidak aktif dalam industri muzik tanah air akhirnya kembali sekaligus membuatkan rasa rindu peminat akan suara serak basahnya terubat.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @tamspider miliknya, dia telah berkongsikan sebuah video nyanyian santainya.
Apa yang lebih menarik, nyanyian itu turut diiringi oleh petikan gitar daripada anak lelakinya yang berada di sampingnya.
Sempat jamming dengan anak sebelum masuk asrama
“Sebelum masuk asrama sempatlah aku jam dengan anak aku ni. Sambil melayan perasaan yang susah nak diluahkan. Harap semua terhibur ya,” tulis kapsyen video muat naik tersebut.
Berdasarkan video berdurasi enam minit 53 saat itu, ia menunjukkan Tam Spider mendendangkan lagu yang bertajuk ‘Still Got The Blues’ nyanyian daripada Gary Moore.
@tamspider.official Sebelum masuk asrama sempatlah aku jam dengan anak aku ni. . Sambil melayan perasaan yang susah nak diluahkan. . Harap semua terhibur ya . . Layannnn #stillgottheblues. #fypシ #fyp #schoolofrock #familyjam #fender ♬ original sound – Tam Mustafah
Tam yang menyanyi sambil memetik gitar akustik ditemani dengan petikan gitar elektronik daripada anak lelakinya dilihat ‘beraksi’ dengan penuh penghayatan.
Di penghujung video tersebut, petikan gitar itu diakhiri dengan ketawa daripada Tam kepada anak lelakinya itu.
Video perkongsian Tam itu jelas berjaya mengubati kerinduan peminatnya yang sudah lama tidak mendengarkan suara emas penyanyi berkenaan.
Ramai peminat dilihat meninggalkan komen mereka berkenaan video nyanyian Tam Spider.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Bila nak buat comeback bang? Masih merindui suara Tam Spider,” tulis seorang netizen yang merindui suara penyanyi tersebut.
“Mengubat kerinduan bang Tam. Buat comeback satu lagu,” tulis seorang netizen yang berharap untuk Tam kembali menyanyi.
“Steady je muka bapak dia dari dulu sampai sekarang, macam tu je,” tulis seorang lagi netizen yang memuji wajah penyanyi itu yang masih awet muda.