‘Fuh…pertama kali dapat nota begini daripada seorang Perdana Menteri’ – Mas Ermieyati

‘Fuh…pertama kali dapat nota begini daripada seorang Perdana Menteri’ – Mas Ermieyati

Pemimpin pembangkang, Datuk Mas Ermieyati Samsudin tidak menyangka menerima nota penghargaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nota bertulis tangan itu diserahkan oleh bentara sebaik sahaja selesai perjumpaan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum sidang Dewan Rakyat bermula pada Khamis.

Nota ditujukan kepada Mas Ermieyati bertulis ; ‘Menghargai kesediaan saudara saudari PAC, untuk menemui dan berbincang. Insya-ALLAH saya akan menyusuli ‘Asap’ (secepat mungkin)’.

'Fuh...pertama kali dapat nota begini daripada seorang Perdana Menteri' - Mas Ermieyati

Mas Ermieyati yang merupakan Pengerusi PAC Parlimen berkata, ia merupakan pengalaman pertamanya menerima nota seumpama itu daripada seorang pemimpin tertinggi negara.

“Pagi ini YAB Perdana Menteri jumpa PAC sebelum sidang dewan bermula pagi tadi. Pelbagai isu yang dibincang.

“Habis perjumpaan tadi kami terus masuk ke dewan. Tiba-tiba bentara datang kepada saya. Hantar nota daripada PMX. Fuh…pertama kali dapat nota begini daripada seorang Perdana Menteri,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu turut memuat naik gambar swafoto beliau bersama Anwar, dan gambar nota penghargaan yang diterimanya itu.

Media melaporkan, buat julung kalinya, laporan PAC Parlimen akan dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat bermula sesi yang bersidang minggu hadapan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, perkembangan tersebut menjadi sebahagian daripada bukti reformasi institusi yang dijanjikan Kerajaan Madani.

Rang Undang-Undang Audit Pindaan 2024 dan perbahasan laporan audit di Parlimen juga menjadi kejayaan reformasi daripada kerajaan.

Baca Juga:
Bekas juara lompat tinggi dunia mati dibunuh
Orang ramai berpesta candat sotong tepi highway, pemilik lori beri ‘green light’
Pemandu e-hailing maki, ludah penumpang, ugut dengan kayu panjang
CATEGORIES