Founder dari Kelantan cipta sejarah baru beli motosikal RXZ ‘Unregistered’ bernilai RM140,0000.
Tatkala dunia media sosial sibuk dengan kisah Honda Day, dunia permotoran Yamaha RX-Z pula mencuri perhatian baru-baru ini.
Tular di satu kumpulan Facebook apabila sebuah model RX-Z Catalyzer yang belum didaftarkan (‘unregistered’) dijual dengan harga RM140,000. Motosikal itu dibeli oleh seorang pengasas terkenal di platform TikTok.
Jualan tersebut dipercayai dilakukan menerusi satu sesi live di TikTok baru-baru ini.
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen terkejut apabila mengetahui bahawa ‘motor lama’ tersebut terjual dengan harga setinggi itu.
@__arabbb 2024 ambik ko cikna momegojes blako🥶 #rxzrm140k #rxznos #cikna #momegojes #ciknafounder @pokjacks @farhanazahra91 ♬ AVANGARD – LONOWN
Pada masa yang sama, ramai yang berpendapat ia hanyalah gimik pemasaran untuk menarik pengikut semata-mata.
Sebelum ini, terdapat seorang pemilik RX-Z Catalyzer keluaran tahun 2002 yang menjual motosikalnya pada harga mencecah RM120,000.
Lebih luar biasa lagi, ada yang sanggup menukarkan tanah lot di Kelantan dengan motosikal model yang sama.
View this post on Instagram