Foto Maria Farida di tepi pantai tular persis anak dara, ramai minta petua kekal cun!

Photo of author

By Syima Iza

Siapa tak kenal dengan aktres jelita berusia 55 tahun yang kekal awet muda, Maria Farida, kan?

Kelibatnya di mana-mana acara pasti mencuri tumpuan ramai kerana penampilannya yang menawan dan persis orang muda.

Foto yang dimuat naik oleh Maria semalam meraih tumpuan ramai pengikutnya di Instagram selepas dia berkongsi momen percutiannya bersama rakan-rakan.

Foto Maria Farida di tepi pantai tular persis anak dara, ramai minta petua kekal cun!

Rampingnya Maria Farida

Foto Maria itu memaparkan dirinya di tepi pantai berpakaian serba putih dan ia meraih pujian ramai kerana badannya yang begitu ramping!

Ada yang minta petua kekal cun!

Ramai memuji kecantikan dan penampilan Maria yang seperti anak dara, malah ada yang membandingkan wajahnya sekarang dengan waktu mudanya.

Malah ada peminat yang meminta petua bagaimana untuk kekal jelita seperti Maria pada usia sebegitu.

Difahamkan Maria bercuti bersama rakan-rakannya untuk meraikan hari lahir salah seorang daripada mereka, Ezurin Khyra.

Baca Juga:
Bekas CEO rosak otak selepas pembedahan, hospital dan 2 doktor cuai diarah bayar ganti rugi RM5.1
‘Nak tunjuk imej kaya tapi ramai bankrap’ – Zarina Anjoulie dakwa artis hidup mewah pinjam duit ‘Ah Long’
20 tahun kutip botol terbuang kini ‘Rumah Botol Ayahku’ milik Tok Ki jadi perhatian ramai