
First time tengok orang bela ketam bagi makan, pandai pula ‘Cik Ketam’ tu suap makanan dalam mulut sendiri
First time tengok orang bela ketam bagi makan, pandai pula ‘Cik Ketam’ tu suap makanan dalam mulut sendiri.
Kebiasaannya, orang membela kucing, ikan atau anjing untuk diberi makan bukan?
Tetapi kali ini berbeza apabila ketam yang menjadi kegemaran ramai dalam menu masakan ini pula dijaga dan diberi makan.
Tular baru-baru ini, sebuah video di TikTok memaparkan seekor ketam mengambil makanan yang diberi oleh tuannya dan menyuap makanan tersebut ke dalam mulutnya.
Apa yang lebih menarik perhatian, makanan yang dimakan oleh ketam itu adalah cucur goreng serta roti dan bukannya kehidupan laut seperti plankton, kerang atau lain-lain.
“First time tengok orang bela ketam dan bagi makan” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di laman aplikasi TikTok, sehingga kini ia telah meraih 1.8M views, 129K likes dan 4K comments.
@venocobraMakan malam 🦀♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD
Manakala, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video ketam sedang makan tersebut.
Berikut di bawah antara komen menarik netizen: