Fenomena aneh hujan cacing, berselerak di atas jalan, atas bumbung kereta

Fenomena aneh hujan cacing, berselerak di atas jalan, atas bumbung kereta

Fenomena aneh hujan cacing, berselerak di atas jalan, atas bumbung kereta. Penduduk di wilayah Liaoning, China digesa mencari tempat perlindungan selepas kawasan itu dilanda fenomena ‘hujan cacing’, lapor akhbar New York Post semalam.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial memaparkan situasi selepas hujan cacing itu berlaku dengan haiwan itu berselerak di atas jalan dan turut memenuhi bumbung kereta.

Beberapa penduduk kelihatan melindungi diri mereka menggunakan payung ketika berjalan di kawasan tersebut.

Fenomena aneh hujan cacing, berselerak di atas jalan, atas bumbung kereta

Punca bencana itu belum diketahui, namun jurnal saintifik Mother Nature Network mencadangkan bahawa haiwan itu telah dihanyutkan oleh kejadian angin kencang.

Kertas penyelidikan itu juga mendakwa kejadian tersebut boleh berlaku selepas ribut apabila serangga terperangkap dalam pusaran angin.

Teori lain mencadangkan bahawa cacing-cacing itu sebenarnya pokok tulip dengan bunganya menyerupai haiwan tersebut.

Kejadian itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Ini bukan cacing atau haiwan tetapi tangkai bunga yang gugur dari pokok,” komen seorang netizen.

“Fenomena yang pelik,” komen netizen lain.

Baca Lagi:
Lelaki ini makan kelapa selama 28 tahun untuk rawat penyakit GERD
+Tetamu majlis kahwin ‘mandi air longkang’ ketika asyik rakam pengantin
Budak 11 tahun berselubung toto ‘kantoi’ tonton video lucah
CATEGORIES