Faye Kusairi menangis! terharu nasi ayam ‘sold out’, sedih ramai tak dapat beli

Photo of author

By Syima Iza

Faye Kusairi menangis! terharu nasi ayam ‘sold out’, sedih ramai tak dapat beli.

Baru-baru ini pelakon Faye Kusairi memaklumkan dirinya begitu seronok memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual nasi ayam di kaki jalan terletak di Bukit Antarabangsa.

Sedih ramai tak dapat beli.

Faye Kusairi menangis! terharu nasi ayam 'sold out', sedih ramai tak dapat beli

Terbaharu, pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu meluahkan kekecewaannya selepas tidak dapat memenuhi permintaan pelanggannya yang beratur lama untuk membeli nasi ayam jualannya namun terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal, minta maaf pada yang datang tapi tak sempat nak beli untuk merasa.

Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa, lain kali saya buat lebih banyak, terima kasih kepada yang setia membeli setiap hari.

Tambah Faye lagi, dia menangis bukanlah kerana ingin meraih simpati tetapi lebih kepada rasa bersalah selepas tidak dapat memuaskan hati para pelanggannya.

Saya menangis bukan untuk meminta belas kasihan tetapi saya kecewa tak dapat memuaskan hati semua orang.

@mediahiburanofficial Boleh nampak Faye Kusairi ni rajin & ikhlas niaga Nasi Ayam. Sampai dia sebak kenangkan jualan tak dapat dirasai semua orang. Perkara itu dikongsi Faye menerusi sesi ‘live’ IG #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Ramai orang beratur tapi tak dapat, ada seorang pakcik ni sampai dua kali datang untuk mencuba nasi ayam saya.

Terdahulu, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memaklumkan dirinya kini menjual nasi ayam di kaki jalan selepas sekian lama mendiamkan diri dalam dunia lakonan.

Baca lagi:
‘Anda berhak menerimanya,’ titah Agong kepada pengawal keselamatan tular
Pertemuan setelah terpisah 6 tahun bekerja di Australia, wanita ini buat kejutan buat anak-anak, ibu tercinta
Isteri terkejut peminat hantar mesej minta henti putar lagu Allahyarham Ibnor Riza