Farmasi di Kelantan sediakan laluan ‘Drive Thru’ dapat pujian netizen

Photo of author

By Syima Iza

Farmasi di Kelantan sediakan laluan ‘Drive Thru’ dapat pujian netizen.

Sebuah farmasi di Kubang Kerian, Kelantan telah menyediakan fasiliti pandu lalu (drive thru) bagi memudahkan orang ramai mendapatkan ubat-ubatan.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @nasnazir_official, telah berkongsi pengalamannya mendapatkan ubat di farmasi tersebut.

Farmasi di Kelantan sediakan laluan ‘Drive Thru’ dapat pujian netizen

Menerusi video dikongsikannya, bangunan farmasi itu mempunyai laluan drive thru sama seperti yang dipopularkan oleh kedai-kedai makanan segera.

Farmasi tersebut mempunyai hentian pertama di mana orang ramai berhenti untuk membuat pesanan ubat.
Kemudian, di hentian seterusnya terdapat kaunter untuk membuat bayaran dan mengambil ubat yang dipesan.

Pada masa yang sama, orang ramai juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli farmasi di situ.

Fasiliti ini bukan sahaja memudahkan orang ramai, malah dapat menjimatkan masa mereka untuk mendapatkan ubat. Terutamanya bagi mereka yang sudah mengetahui ubat yang ingin dibeli.

Orang ramai tidak perlu lagi turun daripada kenderaan untuk masuk ke dalam farmasi. Dalam kurang lima minit, mereka sudah boleh mendapatkan ubat-ubatan hanya dengan berurusan melalui tingkap farmasi.

Dalam video yang dikongsikan oleh TikToker @nasnazir_official, farmasi tersebut beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam.

@nasnazir_official Tahniah Kelantan. Aku Je ke Yang Baru tahu.. #superbigpharmacykubangkerian #drivethrupharmacy #kubangkerian #kelantan @ahmadffz #nasnazir #nasnazir_official ♬ original sound – Nas Nazir

Perkhidmatan pandu lalu juga sudah dibuka mulai 8.30 pagi, tetapi tempoh operasinya dilanjutkan sehingga 12.00 tengah malam.

Ramai netizen memuji farmasi di Kelantan itu kerana memudahkan orang ramai untuk mendapatkan ubat-ubatan.

Difahamkan, farmasi pandu lalu ini mula dibuka semasa pandemik COVID-19 yang lalu.

Baca Lagi:
Pesohor TikTok ajak orang ramai naik Ferrari percuma pada 11 Januari ini
Wanita sedekah RM1 terkejut dengar ayat yang keluar dari mulut pengemis ini
Bolehkah wanita berbaju lengan pendek baca al-Quran?