Farid Kamil kongsi foto warkah istimewa untuk isteri, Diana Danielle pula muat naik video bakar surat

Photo of author

By Syima Iza

Farid Kamil kongsi foto warkah istimewa untuk isteri, Diana Danielle pula muat naik video bakar surat.

Tetap berkeras hati, pelakon Diana Danielle berkongsi video yang menunjukkan sepucuk surat dipercayai daripada suaminya, aktor Farid Kamil, yang dibakarnya.

Menurut Diana, atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, surat yang dianggap sebagai penipuan itu tidak mempunyai tempat di hatinya.

Farid Kamil kongsi foto warkah istimewa untuk isteri, Diana Danielle pula muat naik video bakar surat

“Surat-surat penipuan tidak mempunyai tempat di hati saya,” tulisnya menerusi Instastory pada hari Ahad.

Pada perkongsian lain, pelakon berusia 32 tahun itu berharap Farid tidak akan memanjangkan proses perceraian mereka. Diana mengakui bahawa dia telah berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Farid, tetapi merasakan dirinya tidak lagi mampu menanggung beban itu.

“Jika dia memilih untuk melengahkan proses perceraian ini, itu adalah zalim. Saya telah menghabiskan setahun penuh berusaha untuk berdamai dan memperbaiki hubungan kami.
“Kami telah berkali-kali berada di ambang perpisahan, dan jangan kita berpura-pura tiada ‘beban’ dari bulan-bulan yang lalu.
“Saya terus mempercayai dan memberi usaha, tetapi jika dia tetap berkeras untuk mengekalkan saya dalam perkahwinan ini sehingga saya terpaksa melalui proses hakam, tindakan dia sangat kejam,” katanya menerusi kapsyen di Instagram Story.

Pelakon yang terkenal dengan filem Imaginur itu berkata bahawa dia tidak mahu menerima pujukan daripada Farid dan tidak akan meneruskan perkahwinan tersebut kerana tidak mahu lagi berada di bawah tanggungjawab suaminya.

“Saya tidak mahu dipujuk, dan saya tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Niat saya sangat jelas, dan satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Farid memuat naik semula sepucuk surat yang ditulisnya untuk isterinya, Diana, pada hari pernikahan mereka.

Farid Kamil kongsi foto warkah istimewa untuk isteri, Diana Danielle pula muat naik video bakar surat

Untuk rekod, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac tahun lalu. Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu, tetapi kembali rujuk sebulan kemudian.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11 tahun, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Baca Lagi:
Ibu siap pakai helmet nak naik motosikal, sekali anak buat kejutan beli Proton S70
Remaja 18 tahun maut terkena renjatan elektrik dalam bas ekspres ketika cas telefon bimbit
Pelajar perempuan hanya berseluar dalam dan bercoli dikepung pengawal keselamatan