Faisal melecur tahap empat, perjalanan karier jadi tanda tanya

Photo of author

By Syima Iza

Faisal Halim mengalami melecur tahap empat lebih susulan disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali semalam.

Shahril Mokhtar, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), mengesahkan kejadian tersebut sambil meminta orang ramai mendoakan pemulihan Faisal dengan segera.

“Faisal kini masih menjalani rawatan dan dia mengalami kecederaan melecur tahap empat,” katanya kepada Harian Metro.

Faisal melecur tahap empat, perjalanan karier jadi tanda tanya

Menurut laporan The Star, Faisal dilaporkan tidak dapat merasai tangan kirinya, dan mungkin memerlukan beberapa pembedahan susulan.

Hamidin Mohd Amin, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menyatakan bahawa Faisal akan terlepas dua perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada awal Jun.

Memetik Bernama, beliau berkata pemain tersebut memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan untuk pulih.

Kejadian semalam mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila pemain kebangsaan itu cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Ini merupakan kejadian malang kedua yang menimpa pemain negara, selepas Akhyar Rashid cedera pada kepala dan kaki akibat diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu pada Khamis lepas.

Pemain berusia 25 tahun itu dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya, menyebabkan kecederaan serius.

Baca Juga:
‘Dah book tapi tak datang’ – Pemilik restoran di Jepun bengang dedah identiti pemandu pelancong dari Malaysia
Ahli politik wanita kantoi ‘bersetubuh’ dengan anak angkat, suami cekup ketika atas katil
Penduduk kampung usung ibu baru bersalin sejauh 1 kilometer