Faisal Halim jalani proses pemulihan di lokasi rahsia

Photo of author

By Syima Iza

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim yang telah dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di Shah Alam, Sabtu lalu, kini sedang menjalani proses pemulihan di lokasi rahsia.

Memetik laporan Astro Awani, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, lokasi rahsia itu ditetapkan kelab tersebut atas faktor keselamatan.

Beliau turut memohon agar ruang sepenuhnya diberikan untuk proses pemulihan Faisal.

Faisal Halim jalani proses pemulihan di lokasi rahsia

“Jadi buat masa ini dia buat pemulihan bukan di rumah, tetapi di tempat yang kelab telah tetapkan atas faktor keselamatan. Jadi kalau ada apa-apa sidang media, kemudianlah.

“Beri masa agar Faisal Halim betul-betul bersedia untuk buat penampilan. Tetapi ini akan mengambil masa yang lama sedikit. Dia sedang melalui tempoh pemulihan sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Shahril memberitahu, Faisal masih perlu berulang-alik ke hospital untuk proses rawatan susulan.

Baca Juga:
Pesohor TikTok roboh rumah selepas suami ‘kantoi’ curang
Isi perut terkeluar, lelaki cedera parah tertusuk besi jambatan lama
Tokan hidup mewah belajar proses dadah melalui WhatsApp dicekup, dadah bernilai RM4.61 juta dirampas