Faisal Halim buat kejutan, hadiahkan bapa Proton X50

Faisal Halim buat kejutan, hadiahkan bapa Proton X50

Faisal Halim buat kejutan, hadiahkan bapa Proton X50. Kapten Harimau Malaya, Faisal Halim membuat kejutan apabila menghadiahkan bapanya kereta Proton X50.

Pemain Selangor FC itu membuat kejutan kepada bapanya ketika dia bersama skuad Merah Kuning berada di Pulau Pinang sempena kejohanan empat penjuru merebut Piala Harapan.

Difahamkan, Faisal atau dikenali sebagai Mickey yang berasal dari Seberang Jaya, Pulau Pinang, mengambil kesempatan ‘pulang ke kampung’ bagi membuat kejutan kepada bapanya.

Faisal Halim buat kejutan, hadiahkan bapa Proton X50

Menerusi video dikongsi di TikTok , Faisal memimpin bapanya ke kereta baharu tersebut sambil turut disaksikan beberapa rakan sepasukan Selangor FC.

@faisalhalimmickey7

alhamdullilah🤲🏻🤲🏻🤲🏻

♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA

Turut diletakkan di atas kenderaan berharga antara RM86,300 hingga RM93,300 ialah jersi Selangor FC bernombor 7 milik pemain itu.

Terdahulu skuad Selangor menikmati makan malam di Adriana Ikan Bakar di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Menjengah ke ruangan komen, peminat memuji Faisal yang tidak melupakan jasa ibu bapa yang telah menyokongnya sehingga menjadi pemain utama Harimau Malaya.

Baca lagi:
Tak ubah seperti mayat sebenar! Gambar Adam Corrie sedang dikafankan buat netizen insaf
Pesohor YouTube dicekik bapa ketika tidur sehingga mati
Anak Siti jatuh skuter, dagu Aafiyah berjahit
CATEGORIES