Faisal Halim bakal adakan sidang media khas

Photo of author

By Syima Iza

Peminat bola sepak tanah air boleh ‘mengubat kerinduan’ apabila tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim dijangka muncul buat kali pertama hari ini sejak menjadi mangsa simbahan asid bulan lalu.

Kosmo! difahamkan, pemain berusia 26 tahun itu bakal menghadiri sidang media khas di Shah Alam esok bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya.

Proses sidang media yang dianjurkan Selangor FC itu juga mungkin akan dikawal ketat oleh pegawai keselamatan selain pihak berkuasa.

Faisal Halim bakal adakan sidang media khas

Untuk rekod, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas sehingga disahkan melecur tahap empat.

Kecederaan pemain yang mesra dengan gelaran Mickey itu pada awalnya agak kritikal tetapi kian stabil selepas melakukan empat pembedahan susulan di hospital swasta di Shah Alam.

Namun, proses pemulihan Faisal berjalan lebih cepat daripada jangkaan dan dibenarkan keluar dari hospital sejak 25 Mei lepas.

Baca Juga:
Lelaki India cakap Jawa style macam ‘bomoh Jowo’ curi tumpuan
Saiz bilik hanya sedepa di hotel Hong Kong, pelancong Malaysia bingung macamana nak solat
Ibu bapa ikut jejak anak peluk Islam selepas dapat petunjuk melalui mimpi