Fadhlina Sidek minta ibu bapa buat aduan terus kepada KPM jika makanan kantin sekolah mahal

Fadhlina Sidek minta ibu bapa buat aduan terus kepada KPM jika makanan kantin sekolah mahal

Fadhlina Sidek minta ibu bapa buat aduan terus kepada KPM jika makanan kantin sekolah mahal.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta ibu bapa membuat laporan terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM) jika ada pengusaha kantin sekolah menaikkan harga makanan terlalu mahal.

Ini kerana terdapat rungutan daripada ibu bapa yang mendakwa harga makanan di kantin sekolah tidak sama seperti sebelum ini, petik Buletin TV3.

Fadhlina Sidek minta ibu bapa buat aduan terus kepada KPM jika makanan kantin sekolah mahal

Beliau berkata, pihak sekolah perlu memantau jika berlaku kenaikan seperti didakwa dan kementerian bersedia mengambil tindakan sewajarnya jika ada aduan.

“Saya minta sekolah ambil tindakan (jika didapati berlaku kenaikan) kerana ia membabitkan kantin dengan sekolah.
“Pengurusan kantin membabitkan sekolah, jadi mereka ada hak untuk membuat pemantauan terhadap harga makanan.

“Namun, setakat ini, aduan mungkin hanya membabitkan kantin dengan sekolah. Tetapi, ibu bapa boleh membuat aduan terus kepada kementerian,” katanya selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yeong Chang di Sungai Suloh semalam.

Sebelum ini, Fadhlina meminta pengusaha kantin sekolah merujuk garis panduan yang ditetapkan oleh KPM berhubung isu kenaikan harga makanan.

Pada masa sama, Fadhlina berkata, isu harga makanan di kantin sekolah boleh diselesaikan secara baik antara pengusaha dan pengurusan sekolah.

Baca Juga:
Lelaki kongsi detik cemas terjun longkang selamat wanita hanyut bersama Myvi
Terbabas dalam longkang besar, wanita berpaut pada Myvi diselamatkan dua lelaki
Suami meninggal dunia angkara pemandu bongkak halang beri laluan pada ambulans
CATEGORIES