Euro 2024 dah bermula, David Beckham santai tuai bawang dan ternak ayam

Photo of author

By Syima Iza

Temasya sukan bola terbesar dunia, Euro 2024 sudah bermula namun nampaknya salah seorang pemain legenda yang pernah lahir dalam lapangan tersebut masih boleh bersantai dengan caranya tersendiri.

Legenda bola sepak tersebut adalah David Beckham. Pada saat Cristiano Ronaldo dikritik kerana belum mampu meledak gol, Beckham pula meraih perhatian peminat menerusi aktiviti yang dikongsi di akaun Tik Tok miliknya.

Aktiviti yang dilakukan bukan berolahraga sebaliknya berkebun. Tidak hanya menanam bunga, ikon bola sepak berusia 49 tahun tersebut juga dilihat teruja menanam sayur-sayuran.

Euro 2024 dah bermula, David Beckham santai tuai bawang dan ternak ayam

Suami Victoria itu malah bangga mempamerkan aktiviti berkebun yang telah lama diusahakan di salah satu sudut kediamannya.

Beckham sambil tersenyum ke arah kamera menunjukkan dirinya sedang menuai bawang.

Dia juga meninggalkan pesanan buat isteri tercinta yang berbunyi: “Nampaknya Victoria Beckham akan mempunyai bekalan bawang yang cukup untuk makan tengahari dan malam beberapa minggu ini.”

Turut menarik perhatian adalah ‘penampilan’ ayam ternakan yang membuat ramai pengguna media sosial ‘geram’.

Baca Juga:
Duit syiling 4 tingkat dalam ‘Kedai Mat Sabu’ di Batu Kurau jadi tarikan pengunjung, tak ada yang berani curi
Pemain bola sepak Palestin dan keluarga terbunuh dalam serangan udara Israel
Ular sawa batik berat 90 kilo sedang mengeram puluhan biji telur ditangkap