Esther terpaku bertentang mata dengan Zii Jia

Esther terpaku bertentang mata dengan Zii Jia

Ibarat ‘Cinta pandang pertama di gelanggang badminton.’

Itu saat terekam kamera ketika aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Thomas dan Piala Uber apabila pemain perseorangan wanita Amerika Syarikat (AS), Esther Shi bertentang mata dan seakan-akan terkejut serta terpukau melihat pemain negara, Lee Zii Jia.

Melalui video yang dikongsi oleh sportvsea di laman sosial mereka, jelas kelihatan Esther seperti teruja dan sempat tersenyum seketika di saat Zii Jia berada di hadapan matanya.

Esther terpaku bertentang mata dengan Zii Jia

Melihat reaksi orang ramai di ruangan komen, ramai gembira menonton detik itu dan ada yang mendakwa pemain AS seperti peminat di dalam diam kepada pemain perseorangan lelaki negara.

“Handsome juga dia ini katanya (Esther) dalam hati,” kata Kanchadelima@Suhria.M.

“Dari kerana mata yang mempunyai kuasa, ooo aku tergoda, aku tergoda kerana dia dari kerana mata hehehe,” kata Lyna.

“I think she has crush on Lee (Saya rasa Esther Crush dekat Lee Zii Jia),” kata Dheeraj Singh.
@pmrsriaman Tular rakaman video di media sosial momen aksi pemain perseorangan wanita Amerika Syarikat (AS), Esther Shi bertentang mata dan seakan-akan terkejut serta terpukau melihat pemain negara, Lee Zii Jia ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Thomas dan Piala Uber.Melalui video dikongsi X Sportvsea pada Rabu, jelas kelihatan Esther seperti teruja dan sempat tersenyum seketika di saat Zii Jia berada di hadapan mata. #Badminton #PialaThomas #Malaysia #AmerikaSyarikat #LeeZiiJia #esthershii #chengdu2024 #thomasubercupfinals #thomascup2024 #leeziijia #Malaysia #USA #usa_tiktok ♬ Kita Bikin Romantis – MALIQ & D’Essentials

Ketika itu, kedua-dua pemain mengalami situasi berbeza apabila Zii Jia tewas kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D sementara Esther pula memenangi perlawanan straight set ketika menentang wakil Mexico, Garcia Contreras Vanessa Maricela.

Apa sebenarnya terjadi saat itu, hanya kedua-dua pemain itu mempunyai jawapan tersendiri.

Baca Juga:
Bapa paksa anak 6 tahun berlari atas treadmill hingga maut kerana ‘terlalu gemuk’
Malaysia negara selamat, minah saleh dedah kenapa suka tinggal di Malaysia, pukul 5 pagi jalan sendirian pun tak takut
‘Tuan guru’ renjis air jampi pada kereta undang perdebatan ramai
CATEGORIES