Emma Maembong ‘prank’ suami, umum hamil anak kedua

Emma Maembong ‘prank’ suami, umum hamil anak kedua

Emma Maembong ‘prank’ suami, umum hamil anak kedua. Pelakon, Emma Maembong telah membuat kejutan pada suaminya yang kini dia sedang hamil cahaya mata kedua.

Menerusi video di Instagram, Emma Maembong pada mulanya berpura-pura mengajak suami, Muhammad Shazli Azhar kononnya untuk rakaman video iklan produk.

Namun selepas memulakan video, suaminya terkejut apabila melihat alat ujian kehamilan dalam kotak itu hinggakan dia hilang kata-kata apabila mendapat berita gembira itu dari isterinya.

Emma Maembong ‘prank’ suami, umum hamil anak kedua

Emma dan suami juga dilihat terharu dengan perkhabaran ini dan saling berpelukan kerana tidak menyangka dikurniakan cahaya mata kedua.

Terdahulu, Emma Maembong telah mendirikan rumah tangga bersama Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Shariq Arshan Gabriel pada 8 November 2020.

Baca Lagi:
Azwan Ali dikecam netizen setelah labelkan busana Aina Abdul di AJL37 sebagai ‘sampah’
Penampilan terkini Wan Sharmilla buat ramai peminat teruja ‘sejuk mata memandang’
Rumah dah jadi macam tongkang pecah, kakak ipar jadi ‘madam’ saya pula jadi bibik
CATEGORIES