Emma Maembong kembali solo, mengaku sudah bercerai dan tamat tempoh idah

Photo of author

By Syima Iza

Emma Maembong kembali solo, mengaku sudah bercerai dan tamat tempoh idah.

“Ya, kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah,” kata pelakon cantik, Emma Maembong, yang mendedahkan bahawa dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar, telah bercerai dengan baik.

Menyedari bahawa krisis rumah tangganya menjadi bualan hangat di forum gosip, Emma memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Emma Maembong kembali solo, mengaku sudah bercerai dan tamat tempoh idah

“Disebabkan itu, saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di media sosial, hingga ramai yang mula berteka-teki sama ada kami masih bersama atau tidak.

“Saya cuba sedaya upaya untuk menutup kisah peribadi saya walaupun menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini.

“Tujuan saya memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram adalah untuk menjaga emosi anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini. Saya ingin anak-anak saya melihat keluarganya masih bahagia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Apabila ditanya tentang bila perpisahan itu berlaku, Emma enggan berkongsi butiran terperinci kerana ia bukan sesuatu yang indah untuk dikongsikan.

“Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan. Sebab itu, saya memilih untuk berdiam diri dan tidak bercakap kepada orang luar atau membuat sebarang pengumuman.
“Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk memberitahu kepada umum supaya ia tidak lagi dipertanyakan.
“Saya akui, perkahwinan ini bukan perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh,” katanya.

Menurut Emma, dia bersyukur kerana hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masing-masing reda dengan perceraian yang berlaku.

“Walaupun sudah tidak bersama, hubungan kami masih baik.

“Masing-masing menerima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga menganggap dugaan ini sebagai satu proses untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap melakukan aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami,” katanya.

Sementara itu, Shazli ketika dihubungi menyifatkan urusan jodoh adalah rahsia Allah dan reda dengan segala ketentuan.

“Kita cuma mampu merancang, namun soal jodoh dan ajal semuanya di tangan Tuhan. Allah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita,” katanya.

Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Baca Lagi:
Ini sebab kenapa banyak kediaman bertingkat di Malaysia tiada balkoni
Wanita kena ‘usik’ ketika ambil wuduk di masjid kampung, rupanya dibelakang ada tanah perkuburan
Rupanya ini maksud minyak wangi bau ‘Spicy’ yang ramai orang tak tahu