Elon Musk ramal Singapura bakal pupus

Photo of author

By Syima Iza

Elon Musk ramal Singapura bakal pupus.

Orang terkaya di dunia, Elon Musk mendakwa bahawa Singapura akan pupus bersama beberapa negara lain kerana kadar kelahirannya yang rendah, lapor portal berita The New Paper hari ini.

Musk menulis tentang perkara itu di platform X miliknya kelmarin.

Elon Musk ramal Singapura bakal pupus

Tulisannya itu adalah sebahagian daripada perbincangan mengenai penurunan kadar kesuburan di Singapura yang mencatat rekod terendah 0.97 kanak-kanak bagi setiap wanita pada tahun 2023.

Kenyataan Musk adalah balasan kepada mesej yang membangkitkan kebimbangan mengenai populasi banyak negara yang semakin tua.

Tulisan bilionair itu mencatatkan lebih 41 juta tontonan dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen Singapura.

Sebilangan mereka menyatakan bahawa pendapat Musk itu tidak boleh dipandang serius.

Namun, ada netizen yang akur kerana kadar kesuburan itu tidak mapan untuk jangka panjang.

Baca Lagi:
Wanita rayu pencuri pulangkan balik helmet beli dengan arwah bapa
“Raja Sulu umur 24 tahun?”-DragonForce Malaysia dedah laporan MyKad 17 juta rakyat Malaysia bocor adalah palsu
Honda City mangsa ‘sambung bayar’ kini dilelong RM2,000, lagi murah daripada RXZ!