Elak minum kopi selepas makan durian

Photo of author

By Syima Iza

Durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat, manakala kopi mempunyai kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Malah, gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan manusia termasuk risiko mabuk serta keracunan ringan.

Menerusi perkongsian pakar perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di Threads hari ini, beliau menyenaraikan beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan selepas makan durian.

Elak minum kopi selepas makan durian

“Elak minum kopi, minuman beralkohol, berkarbonat, produk tenusu, makanan berminyak, pedas serta tinggi protein.

“Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan. Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau berkongsi antara rawatan yang boleh dilakukan sekiranya mengalami mabuk akibat makan durian.

“Rehatkan badan, minum banyak air kosong untuk bantu singkirkan toksin dalam badan serta makan makanan ringan yang mudah hadam. Jika keadaan tidak bertambah baik, pergi ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Untuk semua peminat durian, ingatlah berhati-hati dengan apa yang anda gabungkan dengan durian. Durian memang nikmat, tetapi bila salah makan, boleh mudarat,” pesannya.
Baca Juga:
Makcik kantin kecewa cikgu pun boleh menjual makanan di sekolah
Pakcik Man cipta kapal sendiri dakwa akan ke matahari dalam masa tak sampai 3 hari raih perhatian ramai
Mayat lelaki dibakar selepas dibunuh ditemui berhampiran Empangan Semenyih