Ejen pelaburan Forex disamun RM25,000 oleh 3 lelaki menyamar sebagai polis

Ejen pelaburan Forex disamun RM25,000 oleh 3 lelaki menyamar sebagai polis

Tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis telah menyamun seorang ejen pelaburan Forex selepas menggari dan membawa mangsa ke lokasi lain di daerah ini.

Kejadian berlaku pada pukul 5.30 petang, Khamis lalu, di mana mangsa lelaki berusia 24 tahun mengalami kerugian kira-kira RM25,000 termasuk wang tunai dan telefon bimbit iPhone.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, menyatakan bahawa ketika kejadian, mangsa sedang minum bersama teman wanitanya di sebuah restoran sebelum suspek yang memakai pelitup muka dan menyamar sebagai polis mendekati mereka.

Ejen pelaburan Forex disamun RM25,000 oleh 3 lelaki menyamar sebagai polis

“Mangsa kemudiannya digari dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dibawa ke sebuah rumah. Suspek meminta telefon bimbit, beg duit, dan kata laluan akaun bank mangsa.

“Pada pukul 1.30 pagi keesokannya, mangsa ditinggalkan di kawasan Perkuburan Cina Bukit Ubi sebelum lelaki itu berjalan kaki ke tempat penginapannya,” katanya hari ini.

Tambahnya, mangsa tidak mengalami kecederaan dan tiada senjata digunakan dalam kejadian tersebut.

Pada masa ini, polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan rakannya.

“Pihak polis telah melawat lokasi kejadian dan mengesan saksi serta membuat semakan terhadap kamera pengawas di kawasan sekitar untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Baca Juga:
Akibat main gajet lebih 3 jam sehari, mata anak 2 tahun jadi juling
Cik B beli Brabus original RM1.79 juta, plat ditempah sempena nama CB111
Kena ada gaji RM9,000 baru boleh kahwin, respon wanita ini buat netizen terkedu
CATEGORIES